ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 27 Januari 2021.
1. JAIS benarkan akad nikah berlangsung melalui sidang video
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) yang bertugas di semua masjid pengurusan untuk melaksanakan akad nikah secara sidang video mulai 4 Februari ini.
2. COVID-19: 17 kluster baharu dikenal pasti oleh KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan pertambahan sebanyak 17 kluster baharu pada Rabu merangkumi 15 kluster tempat kerja dan dua kluster komuniti.
3. Rayuan bapa Muhammad Adib berhubung prosiding komital terhadap Tommy Thomas didengar 28 Mei
Rayuan bapa anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas untuk mengenepikan prosiding komital yang difailkan terhadapnya akan didengar pada 28 Mei.
4. Johor catat kes harian tertinggi jadi tumpuan kenyataan media KKM hari ini
Negeri Johor mencatat pertambahan kes harian COVID-19 tertinggi iaitu sebanyak 1,069 kes hari ini jadi tumpuan dalam kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.
5. Program Subsidi Upah tidak cukup? Ini jawapan Tengku Zafrul...
Dakwaan bahawa Program Subsidi Upah 3.0 (PSU 3.0) yang ditambah baik melalui Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) sebanyak RM1 bilion tidak mencukupi disifatkan tidak tepat.
6. Polis tumpas 'Geng Habib' dalang pemalsuan surat keputusan ujian COVID-19
Polis menahan lima lelaki warga Pakistan termasuk dalang sindiket yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pemalsuan surat keputusan ujian COVID-19 dalam beberapa siri serbuan sejak minggu lalu.
7. Badan khas yang lebih ketat perlu ditubuhkan kawal aktiviti selepas PKP
Sebuah badan khas yang lebih ketat perlu ditubuhkan untuk menjalankan pemantauan berhubung prosedur operasi standard (SOP) melibatkan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan selepas tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.
8.150,000 komputer riba diedar kepada pelajar bulan depan - Menteri Kewangan
Pemberian 150,000 komputer riba oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dipercepatkan ke bulan depan.
9. Kajian klinikal fasa tiga vaksin COVID-19 di Malaysia bermula
Kajian klinikal fasa 3 vaksin COVID-19 dimulakan hari ini di sembilan hospital dengan melibatkan 3,000 sukarelawan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
10. Bayaran BPN 2.0 akan dikreditkan dalam masa seminggu - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz meminta penerima bantuan berkenaan supaya tidak keliru mengenai bayaran yang disalurkan bermula 21 Januari lalu.
Madiha Abdullah
Wed Jan 27 2021

Antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 27 Januari 2021.

Lebih setengah juta penduduk Malaysia daftar untuk terima vaksin COVID-19
Pada masa ini, aplikasi berkenaan dilihat sebagai medium paling berkesan untuk menyebarkan maklumat mengenai COVID-19 termasuk program vaksinasi.

Keuntungan bersih TM melonjak kepada RM1.02 bilion bagi tahun kewangan 2020
Bagaimanapun, pendapatan TM merosot kepada RM10.84 bilion daripada RM11.43 bilion sebelumnya.

Dewan Senat Australia lulus rang undang-undang bayaran untuk kandungan berita
Dewan Senat Australia meluluskan rang undang-undang yang memerlukan Facebook dan Google memberi bayaran bagi setiap kandungan berita yang dikongsikan di platform mereka.

Jenayah | Lolos 13 hari, lelaki Rusia akhirnya ditahan
Setelah 13 hari lolos dari tahanan untuk mengelakkan diri daripada dihantar pulang ke negara asal. Seorang warga Rusia yang menjadi buruan polis antarabangsa (Interpol), berjaya ditahan di Bali, Indonesia. Andrei Kovalenka yang menggunakan nama samaran Andrew Ayer ditahan bersama pasangannya, Ekaterina Trubkina.

Vaksinasi COVID-19 | Ibu bapa di UK terima baik pembukaan sekolah
Kelonggaran itu bakal mengenakan sesi persekolahan di seluruh uk untuk kembali dibuka menjelang 8 Mac. Menurut Pengerusi Mercy UK, Haliza Hashim, pihak ibu bapa dilihat bersedia dan menerima baik mengenai berita pembukaan sekolah itu.

5G | SPV pastikan syarikat penyedia tidak terbeban
Penubuhan Syarikat Bertujuan Khas Kerajaan Malaysia (GOM-SPV) untuk pelaksanaan rangkaian 5G yang akan dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dibuat bagi mengelak beban pelaksanaan rangkaian 5G tidak terletak pada bahu pihak penyedia perkhidmatan. Pada masa sama, penyedia perkhidmatan sedia ada dapat meneruskan usaha pelaksanaan gentian optik serta memperbaiki liputan dan kualiti 4G, jelas MCMC menerusi satu kenyataan.

Vaksin COVID-19 | Merealisasikan 'senyum tanpa topeng, peluk tanpa jarak'
'Senyum tanpa topeng, peluk tanpa jarak' - sesuatu yang mungkin sukar direalisasikan tatkala pandemik COVID-19 masih memuncak ketika ini. Namun, impian itu mungkin menjadi nyata tatkala warga dunia kini mula menerima dos vaksin COVID-19 daripada pelbagai pengeluar.

MySejahtera | 505,565 telah daftar suntikan vaksin COVID-19
Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains Teknologi dan Inovasi berkata, setakat jam 4.30 petang tadi, sejumlah 505,565 pendaftaran telahpun diterima.

Vaksin COVID-19 | Vaksin bukan alasan henti amalan norma baharu
Meskipun negara telah memperoleh vaksin, namun ia tidak bermaksud langkah mengamalkan norma baharu telah terhenti. Pakar Perunding Respitori Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Helmi Haja Mydin berkata keberadaan vaksin hanya satu senjata yang perlu disokong dengan amalan norma baharu bagi mengurangkan lagi penularan COVID-19.

Vaksin COVID-19 | Perihal logistik diberi keutamaan
Keperluan logistik menjadi keutamaan kerajaan negeri Sarawak dalam menjayakan program imunisasi vaksin COVID-19 negeri itu. Menurut, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, sejumlah RM30 juta diperuntukkan untuk urusan logistik.

Berita tempatan pilihan sepanjang Ahad
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang Sabtu
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 Februari 2021.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 17 Februari 2021.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Februari 2021.

Berita tempatan pilihan sepanjang Ahad
Berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 Feb 2021.

Berita tempatan pilihan sepanjang Sabtu
Antara pelbagai berita yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Feb 2021.

Berita tempatan pilihan sepanjang Khamis
Antara pelbagai berita yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 Feb 2021.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 6 Februari 2021.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 5 Februari 2021.