SHAH ALAM:Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) yang bertugas di semua masjid pengurusan untuk melaksanakan akad nikah secara sidang video mulai 4 Februari ini.
Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, sehubungan itu perkhidmatan kaunter secara janji temu mula dibuka bagi urusan tertentu di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) mulai Isnin ini.
"Buat permulaan, 25 urusan janji temu ditetapkan setiap hari bagi perkhidmatan kaunter yang dibuka mulai pukul 8 pagi hingga pukul 1 petang dan setakat ini 900 slot janji temu di semua PAID telah penuh sehingga Jumaat ini.
"Slot janji temu yang dibuka ini juga akan ditingkatkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada arahan Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia dan permintaan pelanggan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dikuatkuasakan pada 13 Januari lepas, JAIS melaksanakan majlis akad nikah secara sidang video dengan mengutamakan perkara wajib dan rukun nikah bagi memastikan keselamatan semua pihak terpelihara daripada jangkitan COVID-19.
Katanya, sejak PKP dilaksanakan sehingga kini, 442 pasangan telah dinikahkan secara sidang video dengan Pendaftar Perkahwinan di PAID menyaksikan lafaz ijab dan qabul oleh wali serta pengantin lelaki yang berada di rumah dengan pengantin perempuan bersama dua saksi. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 27 2021

Mulai 4 Februari ini, semua Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) dibenarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk melaksanakan akad nikah secara sidang video. - Gambar hiasan

Guardiola tuntut Manchester City lebih klinikal dalam UCL
City meraih kemenangan 2-0 dalam perlawanan pertama pusingan 16 UCL menentang Borussia Monchengladbach di Budapest awal pagi tadi.

Woods mula sedar, beri respon
Juara gelaran utama 15 kali itu mengalami kecederaan serius dan tanda soal mengenai kariernya mula timbul.

Niaga AWANI: AS ingin tingkatkan pekerjaan sektor pembuatan
Presiden Amerika Joe Biden menandatangani arahan eksekutif untuk tingkatkan pekerjaan sektor pembuatan di Amerika. Ini dengan meningkatkan rantaian bekalan Amerika untuk batteri, barangan farmaseutikal, dan semikonduktor.

AWANI Ringkas: Lebih setengah juta daftar untuk terima vaksin | Nabawan, zon hijau paling lama, kini zon merah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (9:00AM).

Niaga AWANI: Program Imunisasi | Reaksi Bursa Malaysia, ringgit
Niaga AWANI membawakan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara serta perbincangan bersama Editor Projek Khas Astro AWANI tentang perkembangan semasa.

AWANI Pagi: Keyakinan dan pengurusan logistik vaksin
Bagaimana untuk menggalakkan pendaftaran vaksin dan apa persediaan bagi proses penghantaran vaksin di negeri-negeri seluruh Malaysia? Kita bersama Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM.

Keazaman rakyat kunci kejayaan kepada masyarakat bebas rasuah
Beliau berkata perubahan dalam kerajaan tidak akan menjamin kepimpinan baharu akan mengelak daripada melakukan perbuatan rasuah dan kesalahan lain.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Februari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Februari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892410/574696631614213149457_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Februari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Hakim Rahman dan Hafizi Rosli.

Pembatalan Notis Perkapalan Malaysia 19/2020 cetus kegusaran komuniti perkapalan tempatan
MSN 19/2020 menggariskan larangan kepada kapal atau bot berbendera asing beroperasi atau menjalankan perkhidmatan marin di semua pelabuhan di Malaysia.

AWANI Ringkas: Keberkesanan vaksin Johnson & Johnson | Kes Covid-19 global terus bertambah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (8:00AM).

Majlis akad nikah di Wilayah Persekutuan dibenarkan bermula esok
Bagi akad nikah di JAWI dan juga masjid-masjid di dalam Wilayah Persekutan, hanya lima orang dibenarkan hadir.

JAIS benarkan akad nikah berlangsung melalui sidang video
Jabatan Agama Islam Selangor membenarkan Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) yang bertugas di semua masjid pengurusan untuk melaksanakan akad nikah secara sidang video mulai 4 Feb ini.

PKP: Majlis akad nikah di Perak hanya dibenarkan di pejabat agama
Sebuah bilik khas perlu disediakan bagi menjalankan majlis akad nikah dan proses nyah kuman hendaklah dilakukan mengikut keperluan.

Akad nikah dalam air pasang besar, walau mencabar tetap diteruskan!
Semoga pasangan ini dilimpahi rezeki, kesihatan, kebahagiaan dan rukun damai selalu!

PKPB Sabah: Majlis akad nikah dibenarkan di masjid
Ibadah di masjid dan surau di seluruh Sabah dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa serta-merta sehingga 20 Disember 2020.

PKPB Sabah: Majlis akad nikah dibenarkan di masjid - Masidi
Masidi turut memaklumkan kebenaran beroperasi bagi semua fasiliti perubatan tradisional dan komplimentari pengamal pengubatan Islam.

JAWI benarkan majlis akad nikah di semua masjid luar kawasan zon merah
Berkuat kuasa 1 Dis ini, majlis akad nikah boleh dilangsungkan di masjid-masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang tidak berada di kawasan zon merah.

COVID-19: Pengantin, rombongan mahu ke Pahang boleh dengan syarat...
Setiap bakal pengantin dan rombongan yang datang dari luar Pahang perlu mengemukakan keputusan ujian RTK-Ag COVID-19 yang dibuat dalam tempoh 72 jam sebelum akad nikah.

Menteri Agama ucap tahniah kepada 'Erra Fazira', suami
Dr Zulkifli buat lawatan mengejut di majlis akad nikah dan sempat mengejutkan ramai apabila ucap tahniah kepada 'Erra Fazira'.

PKPB: Kelonggaran pelaksanaan akad nikah di Selangor mulai 2 November
Ia terhad kepada tiga orang (pengantin lelaki, perempuan dan wali) serta janji temu pada Isnin hingga Jumaat dengan lima sesi setiap hari mulai 2 November ini.