awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita Terkini ASEAN25: Presiden Korea Selatan lawat Kuala Lumpur 26-27 Okt

Bernama
Bernama
24/10/2025
07:17 MYT
Berita Terkini ASEAN25: Presiden Korea Selatan lawat Kuala Lumpur 26-27 Okt
Di luar sidang itu, Lee akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet pada Isnin bagi membincangkan perkongsian strategik antara kedua-dua negara dan isu semasa termasuk jenayah penipuan dalam talian. - fotoREUTERS/Kim Hong-Ji
SEOUL: Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung akan mengadakan lawatan dua hari ke Malaysia bagi menghadiri sidang kemuncak serantau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), menurut Pejabat Presiden pada Jumaat, menandakan lawatan pertama beliau ke Asia Tenggara sejak memegang jawatan pada Jun.
Menurut Agensi Berita Yonhap, Lee dijadual berlepas pada Ahad ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN, yang beliau merancang membincangkan langkah-langkah memperkukuh Perkongsian Strategik Komprehensif Korea Selatan dengan blok serantau yang dianggotai 10 negara itu, kata Penasihat Keselamatan Negara Wi Sung-lac kepada pemberita.
Pada Isnin, Lee akan menggariskan visinya bagi memperkukuh kerjasama dengan blok serantau berkenaan semasa Sidang Kemuncak ASEAN, sebelum menyertai Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga yang melibatkan Korea Selatan, Jepun dan China.
SEMUA ARTIKEL DAN VIDEO BERHUBUNG ASEAN25 DI SINI
Di luar sidang itu, Lee akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet pada Isnin bagi membincangkan perkongsian strategik antara kedua-dua negara dan isu semasa termasuk jenayah penipuan dalam talian.
Kemudian pada hari yang sama, Lee akan bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membincangkan langkah memperdalam perkongsian strategik serta memperkukuh kerjasama praktikal dalam bidang perdagangan, pelaburan, infrastruktur dan industri pertahanan, katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#ASEAN25
#Anwar Ibrahim
#Donald Trump
#Lee Jae-myung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan