awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bernas salur RM20 juta lagi untuk pesawah di empat negeri

Bernama
Bernama
11/04/2023
12:52 MYT
Bernas salur RM20 juta lagi untuk pesawah di empat negeri
Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM20 juta lagi kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk diagihkan kepada pesawah di empat negeri iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor.
PUTRAJAYA: Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM20 juta lagi kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk diagihkan kepada pesawah di empat negeri iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor.
KPKM, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan pemberian bantuan khas sebanyak RM250 kepada setiap pesawah itu akan memanfaatkan 81,153 orang pesawah berdaftar di negeri berkenaan.
KPKM memaklumkan pembayaran sumbangan itu akan diselesaikan sebelum Jumaat ini bagi pesawah yang mempunyai maklumat lengkap.
"Pesawah di negeri-negeri lain akan menerima bantuan khas tersebut pada peringkat seterusnya setelah baki sumbangan disalurkan oleh BERNAS kelak," katanya.
Sebelum ini, sebanyak RM10 juta disalurkan kepada KPKM pada penghujung tahun lalu dan telah diagihkan kepada tiga buah negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Ia merupakan sumbangan BERNAS sebanyak RM60 juta kepada pesawah yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 5 Dis tahun lepas.
Bantuan itu juga merupakan tambahan kepada Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200 yang diberikan kepada setiap pesawah seperti diumumkan oleh Perdana Menteri pada 29 Mac lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BERNAS
#Padiberas Nasional Bhd
#pesawah
#KPKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan