KUALA LUMPUR: Perbuatan mengganggu-gugat kedaulatan dan keselamatan negara dengan bersekongkol dengan penuntut Kumpulan Sulu merupakan jenayah berat, kata pengamal undang-undang.
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata hukuman setimpal wajar dikenakan ke atas individu yang melakukan jenayah ini.
"Mana-mana pihak yang membantu penuntut Kumpulan Sulu adalah sabotaj kepada keselamatan negara. Tindakan yang dilakukan adalah bertentangan dengan undang-undang negara," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan menurut undang-undang jenayah terhadap mana-mana pihak termasuk warganegara Malaysia yang memberikan sebarang sokongan, bantuan atau bersekongkol dengan penuntut Kumpulan Sulu.
Anwar berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan terhadap penuntut Sulu, penimbang tara, peguam serta pihak-pihak lain yang berkaitan di bawah Seksyen 124K Kanun Keseksaan bagi kesalahan sabotaj.
Menurut Mohamed Haniff Khatri, Seksyen 124K memperuntukkan antara lain bahawa sesiapa yang melakukan sabotaj secara langsung atau tidak langsung dengan apa cara sekalipun akan dihukum dengan penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.
Berkongsi pendapat sama, peguam Datuk M Reza Hassan berkata hukuman penjara seumur hidup adalah setimpal dengan tindakan individu yang sewenang-wenangnya mencabar kedaulatan dan keamanan negara.
Peguam itu berkata tindakan kerajaan untuk mengambil tindakan menurut undang-undang jenayah yang sedang berkuat kuasa terhadap mana-mana pihak yang memberi sebarang sokongan terhadap penuntut kumpulan Sulu adalah sangat tepat.
"Kerajaan perlu mengambil tindakan keras terhadap sebarang percubaan yang mencabar kedaulatan dan keamanan negara dan ia perlu disokong oleh semua rakyat Malaysia," katanya.
Sementara itu, peguam Datuk Hariharan Tara Singh menyifatkan tuntutan kumpulan Sulu adalah tidak bertanggung jawab kerana ia mengganggu ketenteraman, kestabilan dan kedaulatan negara.
"Tindakan kerajaan memang tepat orang nak sabotaj negara, tak kan kita nak duduk diam, memang sesuai kerajaan kenakan Seksyen 124K Kanun Keseksaan," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 14 2023
Mana-mana pihak yang membantu penuntut Kumpulan Sulu adalah sabotaj kepada keselamatan negara, dan hukuman setimpal wajar dikenakan. - Gambar hiasan
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
PDRM kekalkan keselamatan negara di tahap terbaik sepanjang tahun lepas
PDRM berjaya mengekalkan situasi keselamatan negara pada tahap yang amat baik dan terkawal sepanjang tahun lepas.
Tony Pua dipanggil ke Bukit Aman esok bantu siasatan kes hina institusi raja
Polis Diraja Malaysia memanggil Tony Pua ke Bukit Aman esok untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berkaitan kenyataan beliau yang didakwa menghina institusi diraja.
Mahkamah Rayuan mahu lihat laporan sulit kehilangan aktivis secara tertutup
Mahkamah Rayuan mahu kerajaan mengemukakan laporan sulit pasukan petugas khas berhubung kehilangan aktivis Amri Che Mat bagi membolehkan mahkamah menilai kandungan laporan itu.
Pengecualian visa: Aspek keselamatan negara tidak diabaikan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa aspek keselamatan negara tidak akan diabaikan susulan pengumuman kerajaan mengenai pengecualian visa kepada beberapa negara.
Isu Palestin: PDRM kumpul maklumat, risikan jika ada ancaman pihak luar
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang laporan ugutan secara langsung mahupun tidak langsung susulan pendirian dan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin.
Palestin-Israel: Tiada unsur ancaman terhadap keselamatan negara - Saifuddin Nasution
Pihak berkuasa telah mengambil langkah meningkatkan tahap siap siaga di kawasan sempadan selain menjalin kerjasama rapat dengan negara jiran.
ASEAN pertimbang kerjasama mineral kritikal untuk pastikan keselamatan tenaga
Negara anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) sedang mempertimbangkan kerjasama mineral kritikal bagi mengekalkan keselamatan tenaga rantau ini.
Ruang siber tidak wajar dijadikan 'medan perang'- Wang Yi
Wang berkata semua pihak perlu mempertahankan kesamarataan dan keadilan, di samping menentang hegemoni sains dan teknologi serta siber dalam apa jua bentuk.
Hong Kong keluarkan waran tangkap ke atas lapan aktivis
Hong Kong mengeluarkan waran tangkap pada Isnin ke atas lapan aktivis yang tinggal dalam buangan kerana "terlibat dalam aktiviti yang memudaratkan keselamatan negara" di luar negara, menurut polis.
Bersekongkol dengan kumpulan Sulu ganggu-gugat kedaulatan negara, jenayah berat - Peguam
Hukuman setimpal wajar dikenakan ke atas individu yang melakukan jenayah ini.