awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersih 2.0 sedia berbincang mengenai Pemilihan Keadilan 2018

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
24/09/2018
11:49 MYT
Bersih 2.0 sedia berbincang mengenai Pemilihan Keadilan 2018
"Namun apa yang paling penting adalah Bersih tidak boleh dilihat melanggar batas, atau campur tangan dalam hal politik dalaman parti itu sendiri," kata Shahrul.
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bersedia berbincang dan mempertimbangkan untuk mengendalikan Pemilihan Keadilan 2018 sekiranya ada permohonan dari parti itu.
Pemangku Pengerusi BERSIH 2.0 Shahrul Aman Mohd Saari menjelaskan namun ia bergantung kepada skop kerja dan peranan yang akan diambil dalam pengendalian pilihan raya itu kerana Bersih tidak boleh dilihat sebagai mencampuri hal politik dalaman parti.
"Kita mendapat apa-apa permintaan rasmi, dan kalau ada kita boleh ambil kira dan bincangkan perkara ini sebelum buat keputusan.
"Namun apa yang paling penting adalah Bersih tidak boleh dilihat melanggar batas, atau campur tangan dalam hal politik dalaman parti itu sendiri," kata Shahrul dalam satu temubual bersama Astro AWANI.
Shahrul juga menegaskan Bersih sebagai sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menekankan prinsip asas yang tidak memihak dan mengambil pendirian berkecuali supaya berlaku adil kepada semua pihak.
Baru-baru ini, Timbalan Ketua Wanita PKR Haniza Talha telah mencadangkan supaya Jawatankuasa Pemilihat Parti (JPP) digantikan dengan badan bebas seperti Bersih.
Topic Berkaitan
#Astro
#Astro Awani
#Bersih
#kerajaan
#pemilihan
#pilihan raya
#PKR
#politik
#Shahrul
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan