KOTA BHARU: Hanya kerana menanam pokok di laluan masuk ke rumah, seorang warga emas berusia lewat 60-an maut dipukul jirannya.
Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun kejadian dipercayai berlaku di jalan Kelocor di sini tengah hari tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 12.20 tengahari, pihak polis menerima laporan berhubung satu pergaduhan membabitkan dua lelaki berbangsa Cina.
"Sejurus menerima laporan Unit Rondaan MPV telah ke tempat kejadian dan menemui mangsa, seorang warga emas berusia lewat 60-an dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terbaring di bahagian dapur rumahnya.
"Hasil pemeriksaan daripada penolong pegawai perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu yang hadir ke tempat kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan.
Mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk dibedah siasat.
Muhamad Zaki berkata, hasil siasatan awal pihak polis, mangsa yang tidak bekerja serta tinggal berdua bersama isterinya berusia awal 70-an dipercayai terlibat dalam pertengkaran dengan jirannya.
"Hasil siasatan awal dipercayai pergaduhan berpunca daripada perselisihan faham di antara mangsa dengan suspek, yang mana suspek juga merupakan jiran mangsa.
"Suspek telah bertindak memukul mangsa menggunakan sebatang kayu dan mangsa telah bertindak melarikan diri pulang ke rumahnya, sebelum mangsa ditemui oleh isterinya dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri di bahagian dapur.
"Kejadian pergaduhan dipercayai berlaku di laluan hadapan rumah suspek yang bertentangan dengan bahagian belakang rumah mangsa," jelasnya.
Beliau berkata hasil pemeriksaan awal ke atas tubuh badan mangsa mendapati ada kesan luka dan bengkak pada bahagian belakang kepala serta kesan calar pada tangan.
Susulan itu, pihak polis telah berjaya menahan suspek serta merampas sebatang kayu yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa.
"Hasil soal siasat yang dijalankan, suspek mengaku telah memukul mangsa menggunakan sebatang kayu dan suspek memaklumkan kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana mangsa telah menanam pokok di laluan jalan menyebabkan kenderaan milik suspek sukar melalui jalan tersebut," katanya.
Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh pakar perubatan mendapati sebab kematian mangsa adalah kerana serangan jantung dan pada masa yang sama berlakunya kecederaan yang menyebabkan kesakitan sehingga berlakunya serangan jantung tersebut.
Suspek merupakan lelaki berbangsa Cina berusia pertengahan 60-an tidak bekerja.
Suspek akan direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Vivi Sumanti
Thu Jun 09 2022
Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun kejadian dipercayai berlaku di jalan Kelocor tengah hari tadi. - Gambar fail/BERNAMA
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan pelan tindakan pendidikan & penghargaan Rukun Negara
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengkaji keperluan untuk melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan & Penghargaan Rukun Negara sejajar dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030.
Akta pekerjaan bagi lindungi pekerja OKU/Autistik diperlukan
Beatrice yang juga merupakan individu autistik berkata, bagi mengadakan akta atau menggubal dasar berkaitan, kerajaan perlu libatkan lebih banyak golongan autistik sebagai pemegang taruh utama.
Mesyuarat FOMC: The Fed dijangka kekalkan kadar faedah Mei 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ia selepas unjuran awal beberapa pakar ekonomi melihat The Fed masih belum cukup yakin dengan usaha menurunkan kadar inflasi di negara itu.
Apple perkenal HomePod, HomePod Mini di Malaysia, harga bermula RM529
Kedua-duanya akan mula dijual 10 Mei 2024 untuk pasaran tempatan.
[TERKINI] Chegu Bard didakwa keluar kenyataan fitnah, menghasut
Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau dikenali ramai dengan nama panggilan Chegu Bard didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menghasut dan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Warga emas pandu lawan arus tampil serah diri
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, warga emas berusia 71 tahun itu datang ditemani waris.
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Lelaki warga emas maut terjatuh dari tingkat 13 rumah pangsa
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat berhubung kes tersebut.
Warga emas jatuh motosikal maut digilis treler
Mangsa yang berusia 73 tahun itu dipercayai digilis di bahagian kepala serta badan dan tersepit di bawah lori di bahagian tayar hadapan.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
'Saya dah biasa raya seorang'
Sejak kematian ibunya lebih 10 tahun lalu, sudah menjadi kebiasaan buat seorang lelaki warga emas di Kampung Sekolah, Lenggeng di sini untuk menyambut Aidilfitri seorang diri.
Warga emas hilang selepas keluar rumah belum dijumpai
Seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri hilang sejak keluar dari rumahnya kira-kira 8 pagi semalam, masih belum dijumpai.