Imej seekor beruang kutub yang merayau dalam keadaan lemah, kebuluran dan keliru di sebuah tapak pelupusan sampah baru-baru ini di bandar Norilsk, Rusia meresahkan golongan pemerhati sedunia khususnya pencinta haiwan serta alam sekitar.
Mamalia yang meninggalkan habitatnya di Artik yang sejauh ratusan kilometer itu membuka mata ramai tentang isu pemanasan global, pencairan ais, pemusnahan habitat dan juga kerosakan besar yang dilakukan manusia.
Beruang itu pada Jumaat akhirnya berjaya ditempatkan di sebuah zoo di bandar Krasnoyarsk, Siberia untuk menjalani rawatan, lapor Reuters.
Ketika gambar dan video beruang betina berusia dua tahun itu mula tular Ahad lalu di Norilsk, ia dalam keadaan sangat tidak sihat dan hampir mati selepas menggeledah sampah sarap tanpa menemui sebarang sumber makanan.
Syarikat minyak Rosneft, dalam satu kenyataan berkata bahawa pihaknya turut terlibat dalam operasi memindahkan haiwan tersebut dari Nirilsk ke Krasnoyarsk.
"Beruang itu kini menerima segala rawatan dan makanan kesihatan yang sewajarnya,” ujar kenyataan itu.
Perubahan iklim ternyata telah memusnahkan habitat dataran ais di kutub dan itu memaksa haiwan-haiwan di situ bergerak lebih jauh untuk mencari makanan di tanah yang didiami manusia.
Setakat ini masih tiada butiran terperinci tentang bagaimana beruang kutub itu sampai di Norilsk.
Seorang pakar hidupan liar, Oleg Krashevsky, yang terserempak dengan beruang itu sewaktu di Norilsk, berkata bahawa ia berkemungkinan tersesat. Tambahnya, semasa ditemui, mata beruang itu berair, dan ia tidak dapat melihat dengan jelas.
Krashevsky berkata, beruang itu terlalu lemah untuk dihantar pulang ke habitat asalnya.
Agensi
Sat Jun 22 2019
Imej beruang kutub yang sesat di tapak pelupusan sampah, beratus-ratus kilometer dari habitatnya, membuka mata ramai. - Reuters
Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter
Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas.
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Tundra Artik semakin menghijau, apa maknanya?
Tundra ialah sejenis keadaan bioma di mana pertumbuhan pokok terhalang oleh suhu yang sejuk dan musim pertumbuhan yang singkat.
Teroka destinasi baharu, RareTV lancar misi kembara Artik
Rare TV yang dimulakan pada tahun 2020 kini telah mendapat langganan kira-kira suku juta pengikut.
Artik bukan lagi kawasan 'belantara' yang belum disentuh - kajian
Kepekatan mikroplastik yang tinggi, boleh didapati di dalam air, di dasar laut, pantai terpencil, di sungai, malah pada ketulan ais dan salji.
Dataran ais mengecil, saintis Rusia menemui lokasi walrus berhimpit di Artik
Tempoh ketiadaan ais di sekitar Laut Kara semakin panjang dan itu antara lain berpunca daripada kenaikan suhu global sepanjang dekad-dekad kebelakangan ini.
Beruang kutub ditemui lemah di tapak pelupusan sampah, diberi rawatan di zoo
Sewaktu ditemui di Norilsk pada Ahad lalu, haiwan itu dalam keadaan sangat tidak sihat, keliru dan hampir mati.
Ais Artik semakin pantas mencair, bakal cetus kerugian trilion dolar - Kajian
Ais Artik yang sedang mencair kini sedang mencairkan permafrost di bawah bangunan dan jalan raya dari Siberia ke Alaska, dan menaikkan paras laut di seluruh dunia dan menggangu suhu.
Amerika Syarikat jangka cuaca sejuk -51 darjah Celsius
Amerika Syarikat menjangkakan keadaan cuaca teruk berikutan ancaman badai artik yang dikatakan boleh menyebabkan kejatuhan suhu mendadak ke tahap paling sejuk sejak 20 tahun lalu.