MALAYSIA
Beruang matahari masuk sekolah, murid dan guru resah

Pihak sekolah telah membuat laporan kepada Jabatan Perhilitan yang segera melakukan pemantauan dan memasang perangkap. - Gambar/ Sinar Harian
CHUKAI: Kehadiran dua ekor beruang matahari di sekitar kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Tayor dekat sini semalam menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelajar dan guru sekolah berkenaan.
Ringkasan AI
- Kehadiran dua ekor beruang matahari di sekitar SK Seberang Tayor mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelajar dan guru, dengan haiwan tersebut dilihat berlegar di tepi pagar sekolah sebelum menghilang ke kawasan belukar berhampiran.
- Pihak sekolah telah membuat laporan kepada Jabatan Perhilitan yang segera melakukan pemantauan dan memasang perangkap, memandangkan lokasi sekolah berhampiran kebun yang berkemungkinan menarik kehadiran haiwan liar.
- Perhilitan Terengganu memaklumkan dua perangkap telah dipasang sejak Mei di kawasan kampung berhampiran dan kawalan berterusan sedang dijalankan bagi memastikan keselamatan penduduk dan warga sekolah.
"Selepas itu, haiwan berkenaan memanjat pagar dan masuk ke kawasan kebun di belakang sekolah sebelum menghilang ke belukar berhampiran," katanya ketika dihubungi hari ini.
Azmi berkata walaupun bimbang keselamatan diri, beliau tetap memberanikan diri mengawasi pergerakan beruang berkenaan demi keselamatan warga sekolah dengan haiwan itu mungkin datang mencari makanan di kawasan kebun sekolah yang mempunyai pokok rambutan, manggis dan cempedak.
"Ini kali pertama saya melihat beruang di depan mata dan saiznya agak besar. Pihak sekolah sudah membuat laporan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) semalam yang telah datang membuat pemantauan di sekitar kawasan dan memasang perangkap," katanya.
Sementara itu, Pengarah Perhilitan Terengganu Loo Kean Seong berkata pihaknya telah memasang dua perangkap di kawasan kampung berhampiran sekolah berkenaan sejak Mei.
"Selain itu, kawalan dan pemantauan berterusan di lokasi yang dikenal pasti turut dilaksanakan bagi mengesan dan menjaga keselamatan penduduk," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami