awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes dera di Saratok: Pegawai JKM, kaunselor ditempatkan di hospital - Nancy
KPDN kaji sekatan kad kredit asing untuk pembelian RON95 bersubsidi
2 maut selepas helikopter tentera terhempas di Gapyeong, Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biasiswa pelajar Palestin untuk bantu bangunkan semula negara itu

Bernama
Bernama
01/06/2019
22:55 MYT
Biasiswa pelajar Palestin untuk bantu bangunkan semula negara itu
Biasiswa yang bernilai RM11.48 juta itu akan ditawarkan menerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM).
Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tawaran biasiswa yang dibuat kerajaan Malaysia untuk pelajar Palestin merupakan satu inisiatif membantu membangunkan semula negara mereka.
Katanya, biasiswa itu akan membantu pelajar mendapatkan pengetahuan dalam pelbagai bidang termasuk kejuruteraan dan perubatan yang seterusnya akan dibawa balik dan menyumbang untuk pembangunan di negara mereka.
"Banyak pihak swasta menyalurkan sumbangan kepada tabung Palestin dan dana itu kita jadikan tabung biasiswa untuk anak-anak Palestin supaya apabila mereka tamat nanti mereka dapat majukan negara mereka apabila negara mereka aman semula nanti.
"Dana ini bukan daripada dana kerajaan, ia adalah sumbangan yang kita kumpulkan dan dijadikan biasiswa dan setakat ini kita telah kutip sebanyak RM11 juta," katanya kepada pemberita selepas Program Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada kakitangan kerajaan dan golongan asnaf di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kritikan sesetengah pihak susulan pengumuman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mengenai tawaran biasiswa buat pelajar Palestin meneruskan pengajian di peringkat sarjana muda, sarjana dan Phd di 12 universiti ternama di negara ini.
Biasiswa yang bernilai RM11.48 juta itu akan ditawarkan menerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM).
Saifuddin Nasution yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah PCOM berkata, walaupun kerajaan membantu rakyat negara lain terutama pelarian yang mendapat perlindungan di negara ini, kerajaan tidak akan mengabaikan kebajikan rakyat Malaysia terutama golongan asnaf.
"Walaupun kita tolong golongan pelarian Palestin, Syria dan yang beragama Islam lain, namun kita sama sekali tidak mengabaikan golongan asnaf di negara kita dengan pelbagai program serta sumbangan telah pun diberikan kepada mereka," katanya.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin Nasution yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata sehingga hari ini lebih 28,000 premis telah dilawati penguat kuasa kementerian yang mendapati hanya 127 premis tidak meletakkan tanda harga di bawah program Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) yang berjalan sejak 20 Mei lalu.
"Kes menjual lebih daripada harga maksima juga tidak ada, peniaga memang sangat mengikut peraturan yang ditetapkan," katanya yang juga Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#biasiswa
#Palestin
#pelajar Palestin
#Saifuddin Nasution Ismail
#Setiausaha Agung PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan