SHAH ALAM: Bekas Setiausaha Bahagian (SUB) Hal Ehwal Imigresen, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau menerima 26,000 riyal daripada pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani (Wan Badak) ketika mereka berada di Arab Saudi.
Perkara itu dinyatakan oleh Datuk Shahril Ismail ketika sesi pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Ahmad Zaidi yang mewakili Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada perbicaraan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
Ketika ditanya Ahmad Zaidi, adakah beliau ada menerima tunai dalam mata wang Arab Saudi 26,000 riyal daripada 'Wan Badak', saksi itu menjawab: "Ada, tetapi tujuan untuk menukar duit."
Ahmad Zaidi: Saya rujuk satu dokumen yang telah dibekalkan oleh pendakwaan kepada kami (pembelaan) dalam bundle 51A berkenaan kes ini, rujuk dokumen (buku 555 atau buku 'faraid') yang telah dirampas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Ia pada November 2015, bersesuaian dengan apa yang Datuk beritahu tadi, Datuk pergi mengerjakan umrah. Ada mencatatkan 'Mode cash kepada Wan Badak, Jumlah 26,000 riyal, remark Syahril SUB'. Ini catatan Wan Quoris, Datuk setuju?
Shahril: Setuju.
Ahmad Zaidi: Bila datuk mula terlibat dengan proses lanjutan kontrak UKSB, boleh saya katakan dari mula surat itu dihantar ?
Shahril: Ya, dari mula ia (surat) dihantar.
Shahril turut bersetuju dengan Ahmad Zaidi bahawa beliau ada menerima wang RM14,000 daripada Wan Quoris Shah pada 25 Okt 2016 iaitu tarikh sama surat tersebut dihantar kepada bahagiannya.
Bagaimanapun beliau menafikan beberapa transaksi berjumlah antara RM19,000 dan RM28,000.
Sebelum ini, media ada melaporkan SPRM ada merampas satu buku 'faraid' milik UKSB yang merekodkan pembayaran kepada pihak tertentu.
Ditanya Ahmad Zaidi lagi, di dalam dokumen sama (buku 'faraid') menyatakan 'remark cash RM100,000 dan RM50,000 kepada KJ', beliau menjawab "Ya".
Ahmad Zaidi: KJ itu Khairy Jamaluddin, yang sekarang Menteri Kesihatan?
Shahril: Ya
Ahmad Zaid: Ia juga menyatakan 70,000 SGD kepada FM. FM merujuk kepada Foreign Minister?
Shahril: Tidak pasti
Semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran, Shahril menjelaskan beliau ke Arab Saudi selepas dipanggil seorang bekas pegawai KDN yang juga merupakan orang kampungnya.
"Di situ ada sekali Wan Quoris Shah, masa itu saya memang mahu mengerjakan umrah. Wan Quoris Shah tawarkan kepada saya, jika saya mahu menukar mata wang Riyal.
"Saya beranggapan untuk ditukar, saya membawa RM10,000 untuk menukar dengan Riyalnya tetapi dia enggan mengambil wang saya," katanya.
Ditanya Raja Rozela, adakah wang 26,000 Riyal itu berkaitan dengan kontrak-kontrak UKSB atau kerja-kerja rasmi? Shahril menjawab: "Tidak, kerana ketika itu saya baru sahaja masuk (KDN)."
Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB, untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung 10 Mei depan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 01 2022
Ahmad Zahid (tiga, kanan) hadir bagi perbicaraan berhubung kes rasuah berkaitan Sistem Visa Negara (VLN) di Kompleks Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. - Foto BERNAMA
'Keganasan bola sepak': Modus operandi serangan digunakan serupa
Modus operandi yang digunakan dalam serangan terhadap tiga pemain bola sepak kebangsaan iaitu Faisal Halim, Akhyar Rashid dan Safiq Rahim adalah serupa.
Majlis Ulama Asia main peranan penting pupuk kesederhanaan - Ahmad Zahid
Majlis itu secara aktif menentang ideologi ekstremis, di samping memupuk perpaduan sosial melalui dialog dan kerjasama dalam kalangan pelbagai kumpulan.
Pokok tumbang: Perkhidmatan monorel kembali beroperasi
Kerja-kerja pembersihan dan baikpulih yang dijalankan dengan DBKL telah berjaya diselesaikan pada jam 5.55 pagi tadi.
JDT gesa PDRM segera siasat insiden serangan ke atas pemain
Pasukan JDT turut menzahirkan kerisauan berkaitan keselamatan pemain susulan serangan yang berlaku berhampiran pusat latihan kelab itu.
Imigresen Kelantan proses 15,000 pas sempadan setiap bulan
Permohonan itu dibuat di tiga Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sempadan Malaysia-Thailand iaitu di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga.
Faisal dijangka lalui prosedur graf kulit minggu ini - Ketua Perubatan Sukan SFC
Dr Muhammad Hazwan Khair berkata ia sebahagian daripada prosedur untuk membantu dan mempercepatkan pemulihan kulit.
Pelantikan Pengerusi SPA diputuskan selepas mesyuarat Majlis Raja-Raja - Mohd Zuki
Jawatan itu kosong hampir 10 bulan selepas Tan Sri Zainal Rahim Seman menamatkan perkhidmatan beliau pada 24 Julai 2023.
Ahli perniagaan dipenjara empat tahun tipu pengurus undang-undang Jakel, babit kerugian RM400,000
Keputusan dibuat selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes Mohamed Noor Mohamed Amin, di akhir kes pembelaan.
AWANI Ringkas: Kos rawatan Faisal Halim ditanggung
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan ke atas Safiq Rahim tiada kaitan insiden babit dua pemain kebangsaan - Polis Johor
Orang ramai diminta memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan termasuk meneliti kamera litar tertutup berdekatan lokasi kejadian.
Majlis Ulama Asia main peranan penting pupuk kesederhanaan - Ahmad Zahid
Majlis itu secara aktif menentang ideologi ekstremis, di samping memupuk perpaduan sosial melalui dialog dan kerjasama dalam kalangan pelbagai kumpulan.
TVET perlu jadi pencetus perubahan kepada sistem pendidikan negara - TPM
Katanya, kursus TVET perlu dijadikan pilihan utama pelajar dan ibu bapa untuk pendidikan di peringkat tertiari.
Gapena disaran guna pentas media baharu hasilkan karya - Ahmad Zahid
Gapena disaran menggunakan pentas media baharu seperti media sosial sebagai saluran menghasilkan karya budaya, kesusasteraan dan seni.
UMNO komited terus pertahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
UMNO komited untuk terus mempertahan Kerajaan Perpaduan walaupun ada usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri bukti kesungguhan hargai sumbangan penjawat awam - Ahmad Zahid
Beliau berkata pengumuman Perdana Menteri itu juga pasti mengejutkan penjawat awam kerana ia merupakan antara kenaikan terbesar dalam sejarah pentadbiran awam negara.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
UMNO dan BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Persidangan cawangan UMNO bermula hari ini, wadah junjung prinsip parti - Ahmad Zahid
Persidangan cawangan UMNO yang bermula hari ini perlu djadikan wadah menyuntik nilai kebersamaan dan menjunjung prinsip kesetiaan terhadap perjuangan parti.