KUALA LUMPUR:Perbicaraan kes bunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang sepatutnya bersambung hari ini dilapangkan berikutan empat tertuduh dalam kes itu menjalani kuarantin akibat positif COVID-19.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi ketika dihubungi pemberita hari ini berkata perbicaraan kes itu akan bersambung esok (5 Feb).
“Perbicaraan sepatutnya bersambung hari ini, namun dilapangkan kerana keempat-empat tertuduh akan selesai menjalani kuarantin hari ini (4 Feb),” katanya yang turut memaklumkan empat tertuduh kini berada di Penjara Alor Setar, Kedah.
Hari ini juga sepatutnya ditetapkan untuk pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan terhadap saksi pembelaan ke-19, Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Rohayu Shahar Adnan.
Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mod Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri berdepan pertuduhan membunuh Zulfarhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa bersubahat membunuh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
BACA: Kes bunuh Zulfarhan: 18 diarah bela diri, seorang dibebaskan
BACA: Along rindu mak ayah', tertuduh minta maaf pada keluarga Zulfarhan
BACA: Kaki, tangan Zulfarhan Osman diikat, sebelum ditekap seterika - Saksi
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi pada 22 Mei 2017.
Mereka bersama-sama 12 lagi individu iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan turut diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.
Mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan, untuk mendapatkan pengakuan bahawa mangsa telah mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat UPNM di Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi dan 5.30 pagi pada 21 Mei 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 04 2021
Hari ini juga sepatutnya ditetapkan untuk pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan terhadap saksi pembelaan ke-19, Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Rohayu Shahar Adnan.- Gambar fail/Facebook
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Hukuman mati kes Zulfarhan: 'Keputusan Mahkamah Rayuan detik suram kehakiman negara' - Suhakam
Suhakam dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, ia percaya bahawa hukuman mati bukan satu penyelesaian yang adil atau efektif.
Kes bunuh Zulfarhan: 'Ibu bapa mana tidak kecewa, marah, sedih...' - Hakim
"Ibu bapa mana yang tidak kecewa, marah, sedih dan menangisi pemergian anak kesayangan mereka apabila mayat si mati dikebumikan dalam keadaan yang cukup memilukan dan menyayat hati".
Pendakwaan akan fail rayuan terhadap keputusan kes Zulfarhan - Peguam Negara
Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun berkata pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan kes Zulfarhan.
Kes bunuh Zulfarhan: Nasib 18 penuntut UPNM diketahui esok
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah dijangka membacakan keputusan di akhir kes pembelaan pada 10 pagi esok.
Bicara kes bunuh Zulfarhan dilapangkan hari ini, empat tertuduh jalani kuarantin
Perbicaraan kes itu akan bersambung esok (5 Feb).
KKM akan panggil doktor klinik rawat Zulfarhan Osman
Kementerian Kesihatan akan memanggil doktor daripada sebuah kinik swasta yang dilaporkan merawat mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Pengenalpastian dan campur tangan awal kes buli adalah perlu - Suhakam
Beliau berkata respons sedemikan tidak boleh menangani punca akar umbi gejala sosial yang semakin memuncak itu.
Lima penuntut UPNM didakwa membunuh pegawai kadet laut Zulfarhan
Lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM, didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang pegawai kadet laut universiti itu, Mei lalu.
Siasatan kes kematian Zurfarhan hampir selesai - KPN Khalid
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan kertas siasatan lengkap akan dibentangkan kepada peguam negara.