KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam yang didakwa atas dua pertuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan akan bermula September ini, di Mahkamah Sesyen di sini.
Hakim Priscilla Hemamalini Nadarajan menetapkan tarikh 5, 6, 7, 11 dan 18 Sept serta 9,10,11, 23 dan 24 Okt sebagai tarikh perbicaraan selepas mendengar permohonan daripada Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Datin Kalmizah Salleh pada sebutan kes tersebut hari ini.
"Hari ini ditetapkan untuk sebutan kes dan pihak kami dimaklumkan representasi difailkan pihak pembelaan Lokman masih di Jabatan Peguam Negara (AGC).
"Pada tarikh sebutan seterusnya, pihak kami akan menyerahkan sekali penyataan saksi," katanya dengan turut memaklumkan pihaknya akan memanggil 10 saksi pendakwaan untuk perbicaraan tersebut.
Peguam Logen Eskander yang mewakili Lokman tidak membantah tarikh perbicaraan tersebut.
Priscilla kemudian menetapkan 1 Ogos ini bagi mengetahui perkembangan status representasi yang difailkan pembelaan.
Pada 1 Sept tahun lalu, Lokman, 50, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu yang didakwa dilakukan melalui aplikasi Facebook atas nama profil "Lokman Noor Adam Official" dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Mengikut pertuduhan pertama membabitkan bekas Perdana Menteri, Lokman didakwa melakukan perbuatan itu pukul 11.16 malam pada 20 Ogos 2022 yang kemudiannya hantaran itu dibaca pada 8.15 pagi, 24 Ogos tahun sama di Mutiara Villa Jalan Tung Shin, Bukit Bintang di sini.
Bagi pertuduhan kedua pula, Lokman dituduh melakukan perbuatan sama terhadap kerajaan pukul 10.28 malam, 22 Ogos tahun sama dan pautan itu kemudian dibaca pukul 11.30 pagi pada 23 Ogos di sebuah restoran di Jalan Sentul di sini.
Pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2023
Lokman sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu yang didakwa dilakukan melalui aplikasi Facebook dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain. - Foto Bernama
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
Bicara kes komunikasi jelik Lokman Adam terhadap Ismail Sabri, kerajaan bermula 9 Okt
Kes Lokman Adam yang didakwa atas pertuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan akan diteruskan 9 Oktober.
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu mengenai vaksin, COVID-19
Hakim membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes yang dihadapi Lokman.
Bicara kes komunikasi jelik Lokman Adam bermula September
Perbicaraan Lokman Noor Adam yang didakwa membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan akan bermula September ini.
Noh yang sebenarnya kaki bodek - Isham
Isham Jalil membidas kenyataan bekas pemimpin parti itu, Tan Sri Noh Omar yang mendakwa UMNO kini hanya tinggal kaki bodek, kalah dalam pemilihan ketua bahagian dan cawangan.
Bicara kes saman Ismail Sabri terhadap Lokman Adam bermula 29 Jan 2024
Mahkamah Tinggi menetapkan tiga hari bermula 29 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes saman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap bekas Ahli MT UMNO Datuk Lokman Noor Adam.
Pemecatan batal, Lokman Adam kembali jadi Ahli MKT
Perkara tersebut dimaklumkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan kepadanya melalui panggilan telefon.
Tindakan bawa Ketua Cawangan pergi bercuti tidak perlu dipertikaikan - Hasrul
Khidmat mereka ini adalah secara sukarelawan dan bukannya mendapat gaji tetap setiap bulan, jelas Hasrul
Saman fitnah Ismail Sabri terhadap Lokman Adam mungkin dapat diselesaikan tanpa perbicaraan
Saman fitnah yang difailkan Ismail Sabri terhadap Lokman mungkin akan diselesaikan tanpa perbicaraan.
Lokman Adam kekal dipenjara sebulan hina mahkamah berkaitan kes 1MDB
Lokman Adam kekal dipenjara sebulan selepas didapati bersalah menghina mahkamah kerana mengugut saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes 1MDB.