KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tiga hari bermula 29 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes saman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam.
Peguam Joshua Tan yang mewakili Ismail Sabri ketika dihubungi berkata tarikh perbicaraan pada 29 hingga 31 Jan 2024 itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh pada prosiding 29 Nov tahun lepas.
Mengenai pengurusan kes di hadapan hakim sama hari ini, Joshua berkata mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan dokumen berkaitan perbicaraan kes saman itu termasuk senarai saksi pada 20 Mac ini.
"Mahkamah juga menetapkan pengurusan kes selanjutnya pada 21 Mac," katanya dan memaklumkan prosiding hari ini turut dihadiri peguam Mohd Faiz Abd Rahim mewakili Lokman.
Pada 8 Sept tahun lepas, Ismail Sabri, 63, yang juga Ahli Parlimen Bera selaku plaintif memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi beliau dan menamakan Lokman, 50, sebagai defendan.
Dalam pernyataan tuntutan, Ismail Sabri mendakwa Lokman pada 22 Ogos tahun lepas telah membuat beberapa kenyataan fitnah terhadapnya dalam video bertajuk 'Bila Presiden UMNO Panggil Tak Datang! Tapi PM Ada Masa Jumpa Mahathir - Lokman Adam.'
Beliau berkata kenyataan itu yang berniat jahat, berunsur fitnah dan tidak benar telah dimuat naik di empat akaun media sosial milik defendan iaitu YouTube 'Lokman Adam,' Facebook 'Lokman Noor Adam Official,' Instagram 'lokmannooradam' dan TikTok 'datoklokmanadam.'
Menurut plaintif, kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud beliau telah berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan merancang atau berniat untuk merancang dengan bekas Perdana Menteri itu serta parti politik lain yang bertentangan dengan UMNO untuk kekal sebagai Perdana Menteri dengan membelakangkan dan mengkhianati UMNO.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 06 2023

Pada 8 Sept tahun lepas, Ismail Sabri (kanan) yang juga Ahli Parlimen Bera selaku plaintif memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi beliau dan menamakan Lokman sebagai defendan.

Mesir, UAE akan laksana projek tenaga angin berskala besar - Laporan
Mesir pada Selasa menandatangani perjanjian dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menjayakan satu daripada projek tenaga angin terbesar di dunia bernilai AS$10 bilion.

Arab Saudi, AS bincang isu kerjasama serantau, antarabangsa
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken berbincang mengenai kerjasama antara kedua-dua negara dalam isu serantau dan antarabangsa.

Hans Isaac dilantik Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
Hans Isaac merupakan antara 16 individu dari sektor korporat, persatuan sukan dan sektor kerajaan yang dilantik sebagai Anggota Perbadanan PSM.

Terbuka Singapura: Zii Jia terus dikecewakan tersingkir awal
Lee Zii Jia terus dikecewakan apabila tersingkir awal pada Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2023.

Liga Super: Selangor kenduri gol benam Kelantan United 7-1
Penyerang import dari Colombia, Ayron del Valle muncul wira skuad Gergasi Merah pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

China, Amerika Latin bersama rancakkan pembinaan BRI
China dan Argentina memeterai rancangan kerjasama untuk mendorong pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) pada 3 Jun lalu, ketika kunjungan Menteri Ekonomi Argentina, Sergio Tomas Massa ke Beijing.

AirAsia lancar penerbangan langsung Pulau Pinang-Hong Kong, Ogos ini
AirAsia akan melancarkan laluan penerbangan langsung dari Pulau Pinang ke Hong Kong, bermula 10 Ogos ini.

Lionel Messi umum sertai Inter Miami
Keputusan itu sekali gus mengesahkan Messi menolak tawaran lumayan dari sebuah kelab di Arab Saudi.

Boeing kesan kecacatan baharu pesawat 787 Dreamliner
Pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing pada Rabu mengenal pasti kecacatan baharu pada jet 787 Dreamliner keluarannya.

Lawak melampau: Singapura mohon maaf, Jocelyn Chia bukan lagi warganegara
Kerajaan Singapura tidak boleh menerima kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain.

KJ saman Jamal Yunos, tuntut RM1 juta
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar. Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung sidang media semasa PAU 202

Ahli Parlimen Kepong fail permohonan tangguh bayar ganti rugi RM2 juta
Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan untuk menangguhkan keputusan mahkamah supaya beliau membayar ganti rugi RM2 juta dalam saman fitnah.

Sanusi sudah serah wang saman kepada peguam
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan beliau sudah menyerahkan wang kepada peguamnya untuk membayar saman fitnah terhadap Datuk Mahfuz Omar minggu lalu.

Tun Mahathir saman Anwar RM150 juta: Pengurusan kes 31 Mei - Peguam
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menfailkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.

Saman fitnah: Sanusi minta Mahfuz rujuk peguam
Sanusi sifatkan tindakan Mahfuz sebagai mencari publisiti murahan berikutan sejak awal kes itu diuruskan oleh kedua-dua peguam yang dilantik.

'Kenyataan Muhyiddin cenderung galak permusuhan' - Anwar
Anwar menegaskan bahawa, kenyataan Muhyiddin mempunyai kecenderungan untuk menggalakkan perasaan niat jahat, tidak puas hati atau permusuhan antara orang awam.

Fox News setuju bayar RM3.5 bilion kepada Dominion dalam kes saman fitnah
Penyelesaian di luar mahkamah itu bermaksud pegawai eksekutif Fox seperti Rupert Murdoch tidak perlu memberi keterangan di mahkamah.

Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.

Pas mohon batal saman Mujahid berhubung dakwaan sokongan terhadap LGBT
Pas memohon untuk membatalkan saman fitnah yang difailkan Datuk Seri Mujahid Yusof terhadap parti itu berhubung dakwaan Naib Presiden Amanah berkenaan menyokong budaya LGBT.

Saman fitnah: Mahkamah Rayuan tolak rayuan MB Kedah, tambah ganti rugi kepada RM120,000
Mahkamah Rayuan memerintahkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membayar jumlah ganti rugi sebanyak RM120,000 kepada bekas Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.