KUALA LUMPUR:Perbicaraan kes saman fitnah Datuk Seri Dr Mujahid Yusof terhadap Harakah membabitkan isu usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, atau lebih dikenali sebagai Sajat, yang didakwa memakai telekung dan berpakaian seperti wanita sewaktu menunaikan umrah, akan bermula Julai depan.
Peguam Noorazmir Zakaria, yang mewakili Mujahid, ketika dihubungi Bernama berkata Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Quay Chew Soon menetapkan 12 dan 13 Julai untuk perbicaraan kes itu ketika prosiding berlangsung menerusi sistem dalam talian e-Review hari ini.
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, yang memfailkan saman pada 12 Ogos tahun lepas, menamakan wartawan Harakah Aziz Muda, Ketua Pengarang Harakah Wan Nordin Wan Yaacob, penerbit laman sesawang harakahdaily serta akhbar Harakah iaitu Galeri Media Serbanika Sdn Bhd dan pencetak akhbar itu, Percetakan Turbo (M) Sdn Bhd sebagai defendan.
Penyataan tuntutan Mujahid mendakwa pada 7 Feb tahun lepas, Aziz, Wan Nordin dan Galeri Media telah menulis dan menerbitkan kenyataan memfitnah terhadapnya di laman sesawang harakahdaily menerusi artikel bertajuk 'Sajat: Mujahid dan K'jaan PH patut dipersalahkan' serta menerbitkan satu lagi kenyataan yang memfitnah beliau dalam akhbar Harakah bertarikh 10 hingga 13 Feb menerusi artikel 'Keterlanjuran Sajat kesilapan Mujahid dan kerajaan PH'.
Mujahid selaku plaintif mendakwa kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau seorang yang tidak bertanggungjawab apabila membenarkan masyarakat, khususnya yang beragama Islam, terlibat dalam aktiviti 'Lesbian Gay Bisexual Transexual (LGBT)' selain didakwa menjadi punca kepada tindakan Sajat memakai telekung serta berpakaian seperti wanita sewaktu menunaikan umrah.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu juga mendakwa kenyataan fitnah itu telah menjatuhkan maruah, kredibiliti serta reputasinya selaku menteri yang menjaga hal ehwal agama di Jabatan Perdana Menteri dan akibat daripada penyebaran kata-kata fitnah tersebut, beliau mengalami tekanan serta berasa malu untukberhadapan dengan masyarakat.
Sementara itu, kesemua defendan menerusi penyataan pembelaan difailkan pada 28 Sept tahun lepas berkata Mujahid seharusnya berani bertanggungjawab berhubung kenyataan yang dikeluarkan beliau dan sepatutnya tidak tersinggung dengan kritikan yang dilontarkan masyarakat terutama pengamal media berhubung isu tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 22 2021
Ahli Parlimen Parit Buntar itu mendakwa kenyataan fitnah itu telah menjatuhkan maruah, kredibiliti serta reputasinya selaku menteri yang menjaga hal ehwal agama di Jabatan Perdana Menteri. - Gambar fail
[TERKINI] Biden seru Hamas setuju perjanjian gencatan senjata
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden pada Jumaat menyeru Hamas untuk bersetuju dengan tawaran baharu daripada Israel untuk pembebasan tebusan sebagai pertukaran untuk gencatan senjata Gaza.
Semua anggota perubatan MERCY Malaysia berjaya dibawa keluar dari Rafah
Wisma Putra memaklumkan, keenam-enam anggota dibawa keluar dari zon konflik secara berkumpulan bersama kakitangan antarabangsa yang lain.
Biden seru Hamas setuju perjanjian gencatan senjata
Katanya, ini pentas untuk penyelesaian politik yang menyediakan masa depan yang lebih baik untuk Israel dan Palestin.
FAMA anjur karnival Agro MADANI di enam lokasi tahun ini
FAMA menyasarkan 235,000 pengunjung dan 450 usahawan akan menerima manfaat menerusi penganjuran Karnival Agro MADANI @Pasar Tani Kekal (PTK) di seluruh negara tahun ini.
MITRA serah 10 mesin layan diri bantu masyarakat India Kelantan jana pendapatan
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) menyerahkan mesin layan diri kepada 10 usahawan India Muslim golongan B40 negeri ini sebagai usaha untuk menjana pendapatan golongan berkenaan.
Kerjasama pihak berkepentingan kunci keberkesanan pelaksanaan NSS
Malaysia kini giat memacu usaha bagi merancakkan industri semikonduktor selain bersedia terhadap lonjakan berteraskan kecerdasan buatan (AI) dari segi permintaan cip berkuasa tinggi.
Jemaah perlu bersedia mental, fizikal, kerohanian untuk kerjakan ibadah haji - Tun Juhar
Jemaah diharap dapat bersabar, bertoleransi, berkasih-sayang sesama saudara Islam tanpa mengira warna kulit, bahasa, adat resam dan budaya.
Keuntungan bersih suku pertama CIMB naik 17.7 peratus kepada RM1.94 bilion
Hasil kumpulan perbankan itu turut meningkat kepada RM5.63 bilion daripada RM5 bilion sebelumnya.
Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya pulih selepas alami gangguan
Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya mengalami kelewatan jadual perkhidmatan bermula 7.22 malam akibat gangguan sistem persemboyanan.
Tawaran Sarawak untuk jadi antara venue Sukan SEA 2027 terima maklum balas positif
Perkara itu hasil beberapa mesyuarat yang diadakan setakat ini dengan Kerajaan Persekutuan.
"I dekat 'dalam' nanti" - Netizen sedih Sajat tak dapat balik lawat bapa sakit!
Ramai yang bertanyakan sama ada Sajat akan pulang ke Malaysia untuk menziarahi bapanya ataupun tidak.
Sajat dikehendaki polis kes penipuan maklumat kad pengenalan
Sajat yang juga saksi dikehendaki hadir prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya pada 22 Februari.
Bakal menetap di Australia? Sajat tayang rumah di sana
Sajat kini masih tinggal di hotel dan bakal berpindah ke rumah baharu tidak lama lagi.
Sajat sah ke Australia enggan pulang ke Malaysia
Usahawan kosmetik kontroversi yang juga dalam buruan polis, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36 tahun memaklumkan telah berhijrah ke Australia.
Polis sahkan kes penipuan Sajat babitkan pertukaran nama, jantina pada kad pengenalan
Polis mengesahkan usahawan kosmetik kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali Nur Sajat diburu polis berhubung kes penipuan yang membabitkan pertukaran nama dan jantina.
Polis buru Sajat kes tukar maklumat kad pengenalan
Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat diburu polis bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.
Pulanglah Sajat, kamu bukannya hadapi kes berat di mahkamah - Ketua Polis Negara
Polis hairan dengan tindakan Sajat melarikan diri memandangkan dia tidak berdepan pertuduhan atau hukuman berat.
PGA edar gambar Sajat di pos kawalan, elak bolos ke negara jiran
Gambar Sajat mula diedarkan sejak bulan lepas namun sehingga hari ini pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat melibatkan individu berkenaan.
'Masa bila kita jadi pelarian? Buat apa nak jadi pelarian...?' - Sajat
Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat menafikan bersembunyi daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak berkuasa sebelum ini.
Bicara kes saman Mujahid berhubung isu Sajat bertelekung bermula 12 Julai
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, yang memfailkan saman pada 12 Ogos tahun lepas.