KUALA LUMPUR: Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram hari ini memberi amaran kepada peguam utama Datuk Seri Najib Tun Razak Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk tidak adakan perbicaraan di media berhubung kes rasuah RM2.3 bilion 1Malaysia Development Berhad melibatkan bekas perdana menteri itu.
Bekas Hakim Mahkamah Tinggi itu memberitahu Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa kenyataan media dibuat Muhammad Shafee semalam seperti satu serangan terhadap pendakwaan yang menuduh mereka menyembunyikan bukti dalam kes tersebut.
"Yang Arif, terdapat serangan secara langsung terhadap pihak pendakwaan bagi pihak tertuduh (Najib), beliau (Muhammad Shafee) berkata bahawa pihak pendakwaan gagal untuk mendedahkan transaksi itu. Sepatutnya, tertuduh menjalankan perbicaraannya di mahkamah dan bukannya pada masyarakat umum. Saya tidak boleh menjawab secara terbuka dan suatu yang tidak wajar untuk menjawab secara terbuka," katanya.
Beliau berkata pihak pendakwaan akan perlu memohon untuk menghalang pihak pembelaan bercakap dengan media, jika mereka meneruskan perbuatan ini.
Semalam, Muhammad Shafee menyatakan bahawa aliran masuk duit ke dalam akaun Najib pada Februari dan Jun 2011 berjumlah kira-kira RM60.6 juta (kira-kira AS$20 juta) adalah daripada ahli keluarga diraja Arab Saudi, Putera Faisal Turki Al Saud.
Pihak pembelaan mendakwa bahawa dana itu merupakan sebahagian daripada hadiah kepada Najib daripada bekas Gabenor Wilayah Madinah, Saud Abdulaziz Majid Al Saud.
Peguam itu berkata pihak pendakwaan hanya menyatakan mengenai dua transaksi pindahan, tetapi tidak menyatakan lima lagi pindahan ke dalam akaun Najib antara Ogos 2011 dan Ogos 2012, yang didakwa daripada Putera Turki dan Kementerian Kewangan Riyad berjumlah kira-kira AS$180 juta.
Muhammad Shafee juga telah menyatakan surat daripada bekas gabenor yang dialamatkan kepada Najib, yang menyatakan jumlah derma yang dibuat kepada bekas perdana menteri itu.
Pada perbicaraan hari ini Sri Ram menjelaskan bahawa surat yang sama telah dikemukakan dalam perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd dan hakim perbicaraan, bersama hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, telah menolak bukti itu.
"Jika mereka mahu bergantung kepada surat yang sama di dalam domain awam, anda tidak boleh katakan kami (pihak pendakwaan) menyembunyikan (maklumat itu), ia tidak relevan," katanya, dan menambah bahawa kesnya adalah untuk membuktikan bahawa duit 1MDB masuk ke dalam akaun tertuduh.
Pada ketika ini, seorang lagi peguam Najib, Wan Aizuddin Wan Mohammed mencelah dengan mengatakan bahawa kes itu perkara yang berbeza dan tiada kena mengena dengan perbicaran masa ini.
"Yang Arif, Tan Sri Muhammad Shafee akan menjawab berkaitan perkara ini di mahkamah esok pagi," katanya dan menambah Muhammad Shaefee tidak hadir ke mahkamah hari ini kerana beliau tidak sihat.
Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Hakim Sequerah berkata mahkamah akan menunggu jawapan Muhammad Shafee mengenai perkara itu esok.
Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan bersambung petang ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022

Gopal Sri Ram berkata pihak pendakwaan akan perlu memohon untuk menghalang pihak pembelaan bercakap dengan media, jika mereka meneruskan perbuatan ini. - Gambar fail/Sinar Harian

Hong Kong kekal di kedudukan keempat Indeks Pusat Kewangan Sedunia
Hong Kong kekal di tangga keempat dalam ranking pusat kewangan antarabangsa, menurut Laporan Indeks Pusat Kewangan Sedunia.

Pegawai sukan ASEAN, persatuan bincang bida tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pegawai sukan ASEAN telah mengadakan perbincangan mengenai proses penyerahan bidaan bersama pada 2026 untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.

Peniaga didakwa tipu jual beli kereta
Seorang peniaga dalam talian mengaku tidak bersalah atas tuduhan memperdayakan tiga peniaga lain dalam urusan jual beli kereta berjumlah RM30,200, tahun lalu.

Pan Gon puji padang Stadium Sultan Ibrahim
Kim Pan Gon berkata, keadaan padang tersebut membolehkan anak buahnya melakukan permainan pantas, justeru beliau berterima kasih kepada JDT.

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM51.80 bilion daripada RM52.49 bilion pagi ini.

Amalan 'Little Napoleon' tak serius, tidak jejas penyampaian perkhidmatan - Cuepacs
'Little Napoleon' merujuk kepada penjawat awam bawahan yang berada di sesuatu kedudukan tetapi berlagak seolah-olah begitu berkuasa.

Mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 369 orang
50 mangsa yang ditempatkan di PPS SK Seri Medan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Bekas juruteknik mengaku tidak bersalah tujuh pertuduhan rasuah berkaitan permit kerja
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dan seorang penjamin tempatan serta perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Jangan sebab amarah, 'dibunuh' periuk nasi 60 orang - Sharnaaz
Sharnaaz merasakan tindakan tersebut tidak wajar kerana para pelakon serta kru belakang tabir telah berusaha keras untuk menghasilkan sebuah karya yang berkualiti.

Angkasawan UAE sambut Ramadan di angkasa
Angkasawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan alNeyadi, menyambut bulan Ramadan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Polis cari Sivakumar untuk perbicaraan di mahkamah
Polis sedang mengesan T. Sivakumar yang merupakan saksi penting berhubung perbicaraan kes pemerdangangan manusia dan penyeludupan imigran.

Siti Nuramira masuk wad, kes mahkamah tangguh lagi
Perbicaraan kesnya boleh diadakan di rumah wanita itu atau di wad hospital sekiranya dia berterusan tidak hadir perbicaraannya di mahkamah.

Perbicaraan ditangguh: Siti Nuramira demam, muntah dan kejang perut
Perbicaraan kes Siti Nuramira Abdullah yang didakwa mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam di Mahkamah Sesyen ditangguhkan hingga esok kerana wanita itu cuti sakit.

Petisyen PRU15: Abdul Hadi hadir ke mahkamah esok
Pemimpin itu dijadualkan memberi keterangan jam 9.30 pagi di hadapan Hakim Pilihan Raya, Datuk Hassan Abdul Ghani.

Perlu cari penyelesaian isu tempoh perbicaraan di Mahkamah Syariah
Mohd Na'im berkata ia susulan kebimbangan berlakunya kezaliman antara pihak-pihak terlibat akibat tempoh menunggu yang lama bagi sesuatu kes.

Bicara Ebit Lew: Polis rampas telefon bimbit Firdaus Wong
Seorang pegawai polis dalam perbicaraan kes pendakwah Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret beliau telah merampas telefon bimbit milik Firdaus Wong Wai Hung.

Saksi kes Ebit Lew tak dibenar beri keterangan melalui kamera
Mahkamah Majistret Tenom tidak membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk saksi seterusnya bagi kes membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew memberi keterangan secara tertutup melalui kamera.

Perbicaraan bencana Stadium Kanjuruhan bermula
Suspek bakal berdepan hukuman penjara maksimum sehingga lima tahun jika didapati bersalah.

Bung Moktar, Zizie Izette sekali lagi berjaya pohon tangguh bicara kes rasuah
Mahkamah Tinggi sekali lagi membenarkan permohonan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya untuk menggantung perbicaraan membela diri atas tiga pertuduhan rasuah.

Kes Ebit Lew: Pendakwaan bantah sekat media lapor perkataan sensitif
"Anak guam menunjukkan kebimbangan mengenai publisiti dalam media berkenaan kenyataan dalam keterangan mengenai kes ini semasa perbicaraan."