awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bijirin quinoa sebahagian rejim diet sihat Najib - PMO

Bernama
Bernama
23/02/2018
21:13 MYT
Bijirin quinoa sebahagian rejim diet sihat Najib - PMO
Najib memberi ucapan ketika hadir pada Program Bajet 2018 Bersama Rakyat dan Pelancaran ADAM50 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, 22 Feb, 2018. --fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil bijirin jenis quinoa sebagai sebahagian daripada rejim diet sihat yang diamalkan beliau.
Selain itu, beliau mengambil bijiran berkenaan atas nasihat doktor, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri malam tadi.
Kenyataan itu, yang dimuat naik dalam laman Facebook Pejabat Perdana Menteri, menyatakan bahawa Najib juga melakukan senaman secara rutin bagi menjaga kesihatan dan kecergasan beliau.
"Pejabat Perdana Menteri telah dimaklumkan mengenai tindakan pihak tertentu termasuk pemimpin pembangkang memutar belit kenyataan Najib berkenaan rutin kesihatan dan pemakanan yang telah dibuat oleh beliau dalam acara Bajet 2018 Bersama Rakyat: Kesejahteraan Isi Rumah semalam (Khamis).
"Kita sedia maklum Perdana Menteri menghadiri banyak acara setiap minggu dan sentiasa dijamu dengan pelbagai makanan termasuk nasi dalam majlis-majlis tersebut," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, Pejabat Perdana Menteri menggesa orang ramai untuk menonton ucapan Najib dalam acara Bajet 2018 Bersama Rakyat: Kesejahteraan Isi Rumah di mana beliau berkongsi pelbagai perkembangan terkini negara dan kerajaan Persekutuan di laman Youtube (https://youtu.be/XXtFPt_0z2g)
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bajet
#Bajet 2018 Bersama Rakyat
#bijirin
#diet
#Doktor
#Facebook
#kecergasan
#Kesejahteraan Isi Rumah
#kesihatan
#Najib Razak
#pembangkang
#Perdana Menteri
#quinoa
#senaman
#sihat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan