Usul undi tidak percaya yang dihantar Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak salah dari segi perlembagaan.

Namun persoalannnya, bilakah usul itu akan dikemukan oleh Speaker Dewan Rakyat?

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid menjelaskan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri adalah sesuatu yang dibenarkan dalam Perlembagaan Malaysia bagi membuktikan Perdana Menteri tidak mempunyai majortiti sokongan ahli Dewan.

"Usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri sesuatu yang dibenarkan dalam perlembagaan Malaysia untuk membuktikan bahawa Perdana Menteri tidak mempunyai majortiti sokongan ahli dewan.

Dalam konteks ketika ini Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berdepan dengan persoalan ini memandangkan jumlah majoriti Perikatan Nasional tidak jelas di kalangan Dewan Rakyat.

"Apa yang di lakukan Datuk Seri Shafie Apdal jelas menunjukkan apa yang dibenarkan dalam perlembagaan.
Persoalannya adakah Speaker membenarkan ia berlaku dan bila ia boleh dilakukan?," jelasnya.

Tambahnya, dengan takwim Dewan Rakyat yang dikeluarkan hanya Titah Diraja di Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen dibenarkan pada 18 Mei nanti.

Situasi itu memberi lebih tekanan kepada kerajaan supaya menambah hari persidangan.

Bagaimanapun, ia telah jelas menunjukkan bahawa dewan rakyat hanya akan bersidang satu hari sahaja.

Terdahulu, bekas Setiausaha Akhbar Tun Dr Mahathir, Endie Shazlie Akhbar mengesahkan Tun Dr Mahathir ada menghantar surat kepada yang Di-Pertua Dewan Rakyat.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Sahfie Apdal menghantar permohonan untuk membuat ketetapan Ahli Parlimen Langkawi dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli dewan.

Namun Speaker Dewan Rakyat dalam surat rasmi bertarikh 5 Mei menolak permohonan tersebut atas alasan ia tidak selari dengan Perkara 43 Perlembaan Persekutuan serta mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam urusan melantik perdana menteri.