Skip to main content

Malaysia

Biofuel berasaskan sisa getah perpotensi jadi sumber tenaga baharu negara - Zahid

Zahid RissMart
Ahmad Zahid, berkata cadangan berkenaan telah dikemukakan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

SHAH ALAM: Biofuel berasaskan sisa getah kini berada dalam fasa percubaan awal oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan berpotensi menjadi sumber tenaga alternatif baharu dalam usaha menghadapi krisis tenaga global.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata cadangan berkenaan telah dikemukakan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) berikutan potensinya untuk dilaksanakan secara pengeluaran besar-besaran, dengan anggaran pengeluaran biofuel mencecah kira-kira 1.5 juta liter sebulan.

Advertisement

"Ketika ini, terdapat sebanyak 19 loji pengeluaran biofuel, meliputi campuran B15 hingga B50, yang akan dimanfaatkan secara bersepadu.

"Pengeluaran biofuel ini menggunakan sludge atau produk sampingan (by-product) minyak sawit mentah (CPO), di mana kira-kira 35 peratus sludge dapat dimanfaatkan untuk menghasilkan biofuel. 

"Usaha ini telah pun dimulakan dan pada dasarnya, MTEN telah menerima saranan tersebut. Seterusnya, penyelarasan akan dilakukan bersama badan-badan berkaitan dan syarikat terlibat bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan pasar raya Rissmart Grocer, di Kwasa Damansara pada Ahad.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata usaha RISDA itu diharap dapat membantu dalam jangka panjang untuk menstabilkan harga minyak yang melanda negara ketika ini.

"Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, tiada keraguan terhadap keupayaan biofuel ini, memandangkan ia telah menjalani pelbagai ujian dari segi prestasi dan kesesuaian penggunaan.

"Dalam jangka panjang, inisiatif ini diharap mampu menstabilkan serta menurunkan harga diesel di negara ini.

"Ujian peringkat perintis (pilot test

Must Watch Video