awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India kukuhkan hubungan dua hala dengan pemeteraian 11 dokumen kerjasama utama
Peniaga bazar diingat ambil suntikan tifoid, jaga kebersihan
Rujuk pihak berautoriti untuk isu agama - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Blueprint Keterjaminan Makanan UPM diperkenal, pacu strategi pertanian berasaskan teknologi

Bernama
Bernama
07/06/2024
10:00 MYT
Blueprint Keterjaminan Makanan UPM diperkenal, pacu strategi pertanian berasaskan teknologi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu bersama Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir melakukan gimik perasmian pada Majlis Pelancaran Blueprint Keterjaminan Makanan UPM hari ini. - Foto Bernama
SERDANG: Pelan tindakan dikenali sebagai Blueprint Keterjaminan Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM) akan memacu strategi dan inisiatif terkini pertanian selaras perkembangan teknologi, sekali gus membolehkan negara mencapai keterjaminan makanan yang mampan.
Naib Canselor UPM Prof Datuk Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata pengenalan pelan tindakan itu bakal memperkukuh industri pertanian negara serta memperlihatkan fungsi universiti yang berperanan memberi manfaat kepada masyarakat.
Beliau berkata Blueprint Keterjaminan Makanan UPM itu boleh dijadikan rujukan bukan sahaja kepada pihak akademik tetapi untuk pelbagai peringkat masyarakat dalam membantu isu keterjaminan makanan.
"Sebuah universiti macam UPM yang ada kepakaran, sayang kalau kita tidak sinergikan usaha kita untuk membantu perkara itu (isu keterjaminan makanan).
"Kita ingin pastikan usaha di universiti dihormati dan diiktiraf membantu negara, membantu dunia dan tamadun manusia, (menerusi pelan tindakan ini) semua menunggu hasil penyelidikan dan insya-Allah, ia boleh dibawa ke peringkat seterusnya bantu masalah negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Blueprint Keterjaminan Makanan UPM oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Pelan tindakan itu menggarap misi untuk memberi sumbangan bermakna kepada isu keterjaminan makanan menerusi kecemerlangan akademik, dampak atau impak signifikan penyelidikan dan inovasi, serta keterlibatan komuniti dan industri.
Sementara itu, Ahmad Farhan berkata pelan itu turut memberi penekanan terhadap penyediaan bakat baharu selain mengasah bakat sedia ada yang berminat dalam teknologi.
"Kita juga nak mainkan peranan bantu petani contohnya petani yang senior dan tidak biasa dengan teknologi, UPM dan universiti lain boleh membantu.
"Industri yang masih guna kaedah pertanian lama boleh kita bantu tingkat keupayaan mereka," katanya. sambil menambah mahasiswa UPM diharap menjadi duta dalam bidang pertanian.
Ahmad Farhan berkata UPM sebagai universiti peneraju keterjaminan makanan negara yang mempunyai reputasi antarabangsa akan melaksanakan pemantauan berterusan supaya pelan tindakan tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Beliau berkata suatu neksus dikenali sebagai Nexus Keterjaminan Makanan IPT juga akan ditubuhkan dalam kalangan institut pengajian tinggi awam dan swasta bagi memastikan mereka mengguna pakai Blueprint Keterjaminan Makanan UPM.
"Ia satu sinergi yang jarang berlaku, IPTA dan IPTS akan bersatu dlm satu neksus yang akan diketuai oleh UPM. Kita terjemahkan blueprint (tersebut) kepada satu keadaan benar dilaksana," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Blueprint Keterjaminan Makanan Universiti Putra Malaysia
#keterjaminan makanan
#fungsi universiti
#manfaat kepada masyarakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan