GUA MUSANG: Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) fasa kedua akan bermula pada pertengahan bulan ini membabitkan 110 lokaliti di seluruh negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata penyertaan seramai kira-kira 10,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar merupakan inisiatif kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar dalam kalangan Keluarga Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
"Hasil daripada pengalaman melaksanakan BMTKM Fasa 1 akan digunakan untuk menambah baik setiap aspek bagi memastikan pelaksanaannya mencapai objektif yang telah ditetapkan.
"Penglibatan lebih aktif daripada sektor swasta termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) amatlah dialu-alukan, terutama melalui inisiatif tanggungjawab korporat (CSR) mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan sesi dialog bersama penduduk Orang Asli Kuala Lah di sini hari ini.
Mustapa berkata kerajaan sentiasa komited dalam menangani kemiskinan dan ketidaksamarataan supaya usaha membangunkan masyarakat inklusif serta merapatkan jurang pembangunan antara wilayah dan negeri dapat dicapai.
"Berdasarkan statistik bank data kemiskinan nasional, sejumlah 130,709 KIR miskin tegar direkodkan di seluruh negara hingga 15 Sept tahun ini.
"Oleh itu, kerajaan menyeru semua pihak untuk tampil bagi bersama-sama menjayakan matlamat ini dengan mengguna pakai pendekatan keseluruhan negara yang akan dilaksanakan secara berfasa dalam tempoh tiga tahun enam bulan," katanya.
Mengenai lawatan dan sesi dialog bersama penduduk Orang Asli Kuala Lah, Mustapa berkata dua projek di lokaliti tersebut telah diperakukan untuk pelaksanaan melibatkan 35 KIR dengan kos berjumlah RM415,995.
"Projek yang dikenal pasti ialah tanaman serai, halia serta cendawan tiram kelabu dan kesemua peserta ini telah menandatangani aku janji sebagai komitmen mereka untuk memanfaatkan bantuan yang diberikan," katanya.
Beliau berkata sehingga kini pelaksanaan projek BMTKM Fasa 1 telah melibatkan 70 lokaliti di seluruh negara dengan membabitkan 1,536 KIR dengan kos berjumlah kira-kira RM17.2 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 01 2022
MUSTAPA: Hasil daripada pengalaman melaksanakan BMTKM Fasa 1 akan digunakan untuk menambah baik setiap aspek bagi memastikan pelaksanaannya mencapai objektif yang telah ditetapkan. - Gambar fail
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Pasangan suami isteri tidak sangka dua kali tolak tawaran, masih ada rezeki tunai haji tahun ini
Selepas surat tawaran berada di dalam tangan, dia dan isteri giat membuat persiapan demi memastikan mereka memperoleh haji yang mabrur.
Lelaki bertindak bakar diri di luar Mahkamah New York
Seorang lelaki bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York di mana perbicaraan bagi kes bekas presiden Amerika syarikat Donald Trump sedang berjalan
Miskin tegar Sabah berkurangan kepada 13,172 ketua isi rumah - Hajiji
Setakat bulan lepas, hanya sekitar 600 KIR dalam kumpulan miskin tegar direkodkan di Tuaran, berbanding 1,000 KIR pada tiga tahun lepas.
Usah politikkan isu kemiskinan tegar di Sabah - Azizah
Semua pihak terutamanya pembangkang di Sabah diminta agar tidak mempolitikkan isu kemiskinan tegar sebaliknya bersama-sama kerajaan negeri melaksanakan pelbagai usaha menoktahkan isu dihadapi rakyat.
Pulau Pinang bakal catat kemiskinan tegar sifar menjelang Jun 2024 - PM
Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan berusaha menyelesaikan masalah lebih 100 keluarga miskin tegar di negeri itu dalam tempoh sebulan.
GLC, pelabur baharu wajib sedia peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar - Hajiji
Ketua Menteri Datuk seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan tersebut.
'Noktah miskin tegar bukan bermaksud tiada kemiskinan dalam negara' - Rafizi
Rafizi berkata konsep menoktahkan miskin tegar dibuat berdasarkan kadar kemiskinan tegar di seluruh negara yang dilaporkan setiap tahun.
Kerajaan peruntuk RM50 juta program basmi kemiskinan di Terengganu
Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi program pembasmian kemiskinan di Terengganu tahun ini.
Jangan gah bangunan mencakar langit, tapi rakyat ikat perut, tidur berbumbung langit - Sultan Perak
Sultan Perak bertitah, selagi ada rakyat yang miskin, usaha membasmi kemiskinan wajib diteruskan.
Jumlah miskin tegar Pahang berkurangan 60.8 peratus tahun lepas
Jumlah miskin tegar di Pahang pada 3 Jan 2023 ialah seramai 4,968 orang dan menurun kepada 1,946 orang pada 31 Dis tahun sama.
Institusi zakat perlu selesaikan masalah asas kemiskinan tegar - Perdana Menteri
Zakat bukan institusi biasa bagi menjana pendapatan negara, sebaliknya ia penting dalam usaha membanteras kemiskinan.
PPNNS optimis Negeri Sembilan kekal jadi negeri sifar miskin tegar tahun ini
PPNNS optimis Negeri Sembilan kekal menjadi negeri sifar miskin tegar pada tahun ini meskipun terdapat 120 KIR dikenal pasti kembali ke kelompok itu setakat ini.