ADAKAH kita dibenarkan melakukan aktiviti sukan dan rekreasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa?
Menurut Kementerian Belia dan Sukan (KBS), banyak persoalan yang sering timbul mengenai aktiviti sukan dan masih ada yang was-was untuk keluar bersukan kerana tidak pasti sama ada ia dibenarkan atau tidak.
Justeru, KBS memaklumkan, aktiviti sukan di kawasan PKPB adalah dibenarkan.
Aktiviti sukan dan rekreasi sepanjang tempoh PKPB boleh dilakukan secara individu dan/ atau di dalam kumpulan kecil tidak melebihi 10 orang tertakluk kepada keluasan sesuatu kawasan, tidak melibatkan sentuhan fizikal (contact sports) dan mematuhi peraturan-peraturan yang sedang berkuat kuasa termasuklah kebenaran menggunakan fasiliti dan kemudahan sukan awam terbuka (outdoor) dan tertutup (indoor) yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Di manakah SOP PKPB Sektor Sukan dan Rekreasi berkuat kuasa dan terpakai?
Ia terpakai di Kuala Lumpur dan Selangor kecuali Daerah Sabak Bernam, Hulu Selangor Dan Kuala Selangor, Kedah (Daerah Kulim), Pulau Pinang (Mukim 12: Barat Daya dan Mukim 13: Timur Laut), Perak (Daerah Kinta dan Mukim Changkat Jong, Hilir Perak), Negeri Sembilan (Daerah Seremban dan Port Dickson), Kelantan (Daerah Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas) dan Johor (Daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Batu Pahat dan Kulai) sahaja.
Bagi negeri Sabah, sila rujuk SOP PKPB Seluruh Negeri Sabah di portal MKN. Bagaimanapun, perubahan kawasan penguatkuasaan PKPB adalah tertakluk kepada arahan MKN daripada semasa ke semasa.
Apakah jenis fasiliti sukan yang dibenarkan untuk beroperasi dan menerima pelanggan di bawah PKPB?
Di bawah PKPB, pengusaha dan operator sukan dan rekreasi dibenarkan beroperasi dan boleh membenarkan pelanggan melakukan aktiviti sukan dan fizikal.
Kebenaran beroperasi dan menggunakan fasiliti sukan oleh orang awam adalah TERHAD bagi aktiviti latihan yang tidak melibatkan sentuhan fizikal dan mematuhi SOP Sukan dan Rekreasi.
Kapasiti pengguna bagi setiap premis yang terlibat hendaklah tidak melebihi 50% kapasiti keseluruhan premis tersebut. Pengusaha dan operator sukan perlu menjadualkan pelaksanaan latihan sekiranya terdapat ramai peserta dengan menghadkan jumlah pengguna pada satu-satu masa.
Pengusaha juga hendaklah memastikan pelanggan mematuhi penjarakan fizikal pada setiap masa (aktiviti statik: 1 hingga 3 meter; aktiviti dinamik: 3 hingga 5 meter).
Apakah waktu operasi bagi fasiliti sukan dan rekreasi sepanjang tempoh PKPB berkuat kuasa?
Waktu operasi bagi fasiliti sektor sukan dan rekreasi yang dibenarkan sepanjang PKPB adalah bermula jam 6.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam dan tertakluk kepada lesen kebenaran beroperasi daripada PBT masing-masing.
Di bawah PKPB, bolehkah saya selaku pengusaha menerima tempahan dan membenarkan penggunaan melibatkan perlawanan bola sepak komuniti di padang komersial yang terletak di dalam kawasan PKPB?
Kebenaran beroperasi dan menggunakan fasiliti padang komersial dan futsal oleh orang awam adalah terhad bagi aktiviti latihan yang tidak melibatkan sentuhan fizikal sahaja.
Perlawanan komuniti adalah tidak dibenarkan dan setiap pengusaha perlu menjadualkan pelaksanaan latihan sekiranya terdapat ramai pengguna dengan menghadkan jumlah tidak melebihi sepuluh (10) orang bagi sesi latihan dalam perkumpulan kecil tertakluk kepada keluasan padang/ gelanggang.
Pengusaha juga hendaklah memastikan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi dipatuhi sepanjang masa termasuklah dalam kalangan pelanggan terutamanya penjarakan fizikal.
Bagaimana pula dengan kapasiti beroperasi fasiliti sukan yang luas? Bagaimanakah operasi yang dibenarkan di bawah PKPB?
Kapasiti pengguna bagi setiap premis yang terlibat hendaklah tidak melebihi 50% kapasiti keseluruhan premis tersebut. Operator hendaklah memastikan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi dipatuhi sepanjang masa termasuklah dalam kalangan pelanggan terutamanya penjarakan fizikal (aktiviti statik: 1 hingga 3 meter, aktiviti dinamik: 3 hingga 5 meter).
Pelaksanaan operasi di fasiliti sukan perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan sebelum ini khususnya mengenai larangan perkongsian peralatan, sanitasi peralatan yang kerap dan penjadualan slot untuk memastikan kawalan bilangan pengguna pada satu-satu masa.
Walau bagaimanapun, bagi sesi individu dalam perkumpulan kecil hendaklah tidak melebihi sepuluh (10) orang. Seterusnya, kejohanan dan pertandingan acara sukan masih dilarang ketika PKPB berkuat kuasa.
Berapakah kapasiti penggunaan yang dibenarkan dalam satu-satu masa?
Kebenaran yang diberikan adalah terhad kepada sesi latihan bagi semua padang di pusat sukan tersebut dan kapasiti pengguna bagi premis hendaklah tidak melebihi 50% kapasiti keseluruhan premis tersebut. Walau bagaimanapun, bagi sesi individu dalam perkumpulan kecil hendaklah tidak melebihi sepuluh (10) orang.
Pengusaha hendaklah memastikan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi dipatuhi sepanjang masa termasuklah dalam kalangan pelanggan terutamanya penjarakan fizikal (aktiviti statik: 1 hingga 3 meter, aktiviti dinamik: 3 hingga 5 meter).
Bagaimana jika saya dan rakan berhasrat untuk bermain boling di Pusat Boling di dalam kawasan PKPB. Adakah ia dibenarkan?
Dibenarkan. Sukan boling merupakan sukan individu yang dibenarkan sepanjang PKPB berkuat kuasa. Pastikan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi yang dikeluarkan oleh MKN dipatuhi oleh setiap individu sepanjang masa terutamanya penjarakan fizikal (aktiviti statik: 1 hingga 3 meter, aktiviti dinamik: 3 hingga 5 meter).
Saya menjalankan operasi studio kecergasan. Bolehkah saya benarkan sesi kecergasan di dalam studio saya berlangsung sepanjang PKPB berkuat kuasa?
Dibenarkan. Kapasiti pengguna bagi premis sukan dan rekreasi hendaklah tidak melebihi 50% kapasiti keseluruhan premis tersebut. Walau bagaimanapun, bagi sesi individu dalam perkumpulan kecil hendaklah tidak melebihi sepuluh (10) orang.
Pengusaha hendaklah memastikan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi dipatuhi sepanjang masa termasuklah dalam kalangan pelanggan terutamanya penjarakan fizikal (aktiviti statik: 1 hingga 3 meter, aktiviti dinamik: 3 hingga 5 meter).
Saya merupakan penyelia kemudahan sukan di sebuah pangsapuri perkhidmatan di dalam kawasan PKPB. Adakah saya boleh membenarkan penghuni dan penyewa menggunakan kemudahan gimnasium?
Dibenarkan. Kapasiti pengguna bagi premis sukan dan rekreasi hendaklah tidak melebihi 50% kapasiti keseluruhan premis tersebut. Walau bagaimanapun, bagi sesi individu dalam perkumpulan kecil hendaklah tidak melebihi sepuluh (10) orang. Pengusaha hendaklah memastikan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi dipatuhi sepanjang masa termasuklah dalam kalangan pelanggan terutamanya penjarakan fizikal (aktiviti statik: 1 hingga 3 meter, aktiviti dinamik: 3 hingga 5 meter).
Saya merupakan penyelia kemudahan sukan di salah sebuah pangsapuri yang terletak di dalam kawasan PKPB. Adakah kemudahan kolam renang boleh dibuka kepada penghuni dan penyewa?
Dibenarkan. Aktiviti sukan dan rekreasi di kolam renang adalah dibenarkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Pengusaha dan operator kolam renang hendaklah memastikan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi adalah dipatuhi terutamanya memastikan pengguna mematuhi penjarakan fizikal sepanjang masa (aktiviti statik: 1 hingga 3 meter, aktiviti dinamik: 3 hingga 5 meter).
Apakah larangan (negative lists) di bawah SOP Sektor Sukan dan Rekreasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa?
- Aktiviti berkelah, aktiviti bersentuhan fizikal/sukan tempur, aktiviti perlawanan bagi sukan berpasukan dan aktiviti penganjuran kejohanan/pertandingan.
- Aktiviti sukan dan rekreasi yang melibatkan penglibatan yang ramai dan sukar dikawal penjarakan fizikal.
- Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton, dan acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luar negara.
Saya merupakan jurulatih pasukan bola sepak komuniti yang berpusat di kawasan PKPB. Adakah saya dibenarkan meneruskan rancangan mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak di padang komersial yang terletak di kawasan PKPB?
Tidak dibenarkan. Sebarang bentuk aktiviti sukan dan rekreasi yang melibatkan sentuhan fizikal (contact sports), perlawanan bagi sukan berpasukan dan aktiviti penganjuran kejohanan/ pertandingan adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKPB berkuat kuasa.
Astro Awani
Mon Dec 14 2020

Aktiviti sukan dan rekreasi sepanjang tempoh PKPB boleh dilakukan secara individu dan/ atau di dalam perkumpulan kecil tidak melebihi sepuluh orang tertakluk kepada keluasan sesuatu kawasan, tidak melibatkan sentuhan fizikal. - Gambar fail

Pemandu Proton Waja rempuh kenderaan diberkas, seorang lagi diburu
Seorang pemandu kereta Proton Waja yang merempuh dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas di Sungai Buloh, di sini sehingga memaksa polis melepaskan beberapa tembakan, berjaya diberkas.

AWANI Ringkas: Kesan sampingan suntikan vaksin kes terpencil | Aktiviti pertanian mungkin punca kebakaran hutan Cameron Highlands

AWANI Ringkas: Pendaftar gagal hadir suntik vaksin boleh dikenakan tindakan | Jadual peperiksaan SPM sesi petang dipinda

Sesi persekolahan beberapa daerah di Sarawak ditangguhkan sehingga 14 Mac
Pembukaan sesi persekolahan beberapa daerah di Sarawak ditangguhkan selama dua minggu berkuatkuasa 1 hingga 14 Mac depan.

Koperasi terjejas ditawar penjadualan semula TPM-SKM - Mas Ermieyati
Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, selain itu, koperasi diberi peluang untuk mendapat pembiayaan TMP-SKM sehingga RM100,000 tanpa cagaran dengan grace period selama enam bulan.

Agenda AWANI: Parlimen dibenar bersidang, apa reaksi Ahli Politik?
YDP Agong berpandangan Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat. Apa reaksi Ahli Parlimen berhubung signifikan proses semak dan imbang dalam amalan demokrasi ketika ini? Ikuti reaksi Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Ahli Parlimen Tambun / Timbalan Presiden Bersatu), Tan Sri Noh Omar, (Ahli Parlimen Tanjong Karang / Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021) dan Fahmi Fadzil, (Ahli Parlimen Lembah Pantai / Pengarah Komunikasi PKR).

Teruskan dengan norma baharu walaupun sudah terima vaksin - Anwar
Rakyat Malaysia harus terus mengubah suai tata hidup, walaupun individu berkenaan sudah menerima vaksin bagi mengelak jangkitan baharu, ujar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Prihatin | Nantikan Amanat Perdana dari PM 1 Mac ini
Menjelang 1 Mac, genap setahun negara mengangkat tema Malaysia Prihatin yang membawa maksud cukup mendalam kepada rakyat Malaysia selari dengan keadaan negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19. Sempena ulang tahun tersebut, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin akan memberi amanat perdana setahun Malaysia Prihatin pada jam 10 pagi, Isnin depan.

Amalkan konsep 'semak dan imbang' bila Parlimen bersidang, bukan 'semak dan samun' - Ahmad Faizal
Ahmad Faizal berkata, sekiranya sidang Parlimen dipenuhi perkelahian sesama ahlinya, maka masalah COVID-19 dan ekonomi negara tidak selesai.
![AWANI 7:45 [26/02/2021]: Serbu parti liar | Tiada penangguhan Akta 446 AWANI 7:45 [26/02/2021]: Serbu parti liar | Tiada penangguhan Akta 446](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892705/9449742761614346979249_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [26/02/2021]: Serbu parti liar | Tiada penangguhan Akta 446
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Luqman Hariz dan Nailah Huda Fokus #AWANI745: - Imuniti kelompok dijangka enam hingga sembilan bulan lagi. - Boleh dikenakan tindakan jika enggan disuntik vaksin selepas daftar. - Lelaki ditahan kejadian polis tembak tayar kereta. #HapusCOVID19 #MyVaksinCOVID19

Teruskan dengan norma baharu walaupun sudah terima vaksin - Anwar
Rakyat Malaysia harus terus mengubah suai tata hidup, walaupun individu berkenaan sudah menerima vaksin bagi mengelak jangkitan baharu, ujar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

COVID-19: Perhimpunan besar penyumbang peningkatan kes positif di Sarawak
Perhimpunan orang ramai menjadi faktor utama kepada tercetusnya kewujudan kebanyakan kluster COVID-19 di negeri Sarawak.

Rentas sempadan boleh dipertimbang jika negara mencapai imuniti kelompok
Jika perkara itu berlaku, beberapa prosedur operasi standard (SOP) boleh dikaji semula termasuk membenarkan rentas sempadan.

Akta 446: Gagal sediakan penginapan selesa kepada pekerja, 317 kertas siasatan dibuka
Sebanyak 317 kertas siasatan telah dibuka bagi tindakan lanjut keatas majikan di seluruh Malaysia bermula 1 Februari lalu selepas didapati gagal menyediakan penginapan yang kondusif dan selesa kepada

Kompaun RM10,000 ibarat penderaan kepada rakyat - Exco Pemuda UMNO
Dalam keadaan sukar ditambah pula pendapatan rakyat banyak terjejas, adalah tidak adil kerajaan mengenakan hukuman keras terhadap mereka.

Intelek gesa NGO bantu sedia kelas pasca PdPR
Pertubuhan Intelek Wawasan Malaysia (Intelek) menggesa lebih banyak NGO tampil membantu menyediakan kelas kepada pelajar pada fasa pasca pelaksanaan PDPR.

Upacara perkahwinan bukan Islam dibenar di kawasan PKP, PKPB, PKPP - JPN
Keputusan itu dibuat kerajaan bagi membolehkan upacara perkahwinan bukan Islam yang tertangguh semasa tempoh PKP 2.0 dapat dilaksanakan.

Ingkar PKP: Denda RM10,000 bagi kesalahan pertama buat rakyat, penguatkuasa pening kepala - Najib
Pelaksanaan denda RM10,000 bagi kesalahan pertama ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan mengakibatkan masyarakat tidak akan berpuas hati, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Operasi penguatkuasaan perlu ada empati
Dalam kerangka peraturan WBB yang lebih longgar, pihak berkuasa harus juga menerapkan sikap dan pendekatan yang fleksibel dalam menangani ketidakpatuhan.

Ini antara SOP bakal dikenakan Arab Saudi kepada jemaah umrah
TH Travel bersedia menghadapi sebarang peraturan dan Prosedur Operasi Standard baharu yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi.