awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boleh berpantun di majlis bukan regimental - ATM

Hilal Azmi
Hilal Azmi
05/11/2018
06:22 MYT
Boleh berpantun di majlis bukan regimental - ATM
Panglima Angkatan Tentera telah memutuskan bahawa tiada lagi penggunaan pantun dalam skrip juruacara bagi setiap majlis rasmi ketenteraan. - Gambar hiasan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini menolak dakwaan Tan Sri Rais Yatim berhubung arahan larangan berpantun yang dikeluarkan pihak itu sebelum ini.
Menurut Bahagian Hal Ehwal Awam (J7) Markas ATM, arahan yang ditularkan sebelum ini merupakan peringatan dalaman kepada semua Markas Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Mereka diingatkan agar tidak menggunakan seloka, pantun dan jenaka ketika mengacara majlis-majlis rasmi ketenteraan.
Bagaimanapun, mereka dibolehkan berbuat demikian dalam majlis yang tidak bersifat regimental.
"Contoh majlis rasmi yang dimaksudkan adalah seperti acara yang melibatkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja dan Pembesar Negeri, Acara Perbarisan dan Acara Rasmi yang dilaksanakan di peringkat ATM dan perkhidmatan TDM, TLDM dan TUDM.
"Namun begitu, ATM masih memberi kelonggaran untuk penggunaan pantun, gurindam, seloka dan seumpamanya di majlis yang tidak bersifat regimental seperti sambutan ketika majlis melibatkan jamuan bersama anggota keluarga, sukan dan sebagainya," katanya dalam satu kenyataan.
Pada Ahad, Rais dilaporkan mempertikaikan larangan berpantun dalam majlis rasmi ATM.
Sambil berkongsi surat dipercayai pekeliling larangan tersebut, budayawan itu melahirkan rasa tidak puas hatinya menerusi akaun Twitter miliknya.
Baca surat ini. Takkanlah Melayu dah begitu dhaif budaya sendiri hinggakan nak berpantun pun dihalang. Kini tentera tak dibenarkan guna pantun dlm skrip. Dewan Bahasa mu buat apo??? Sasterawan2 negara, pejuang2 bahasa...tunggu apa lagi? pic.twitter.com/QU7oJPj3yQ
— RAISYATIM (@DrRaisYatim) November 4, 2018
Surat bertarikh 2 November yang dikongsi Rais itu ditandatangani Ketua Staf Markas ATM Datuk Kamalruzaman Mohd Othman yang menyebut mengenai arahan larangan penggunaan pantun di dalam skrip juruacara majlis rasmi ketenteraan ATM.
“Satu perbincangan bersama Panglima Angkatan Tentera (Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin) telah diadakan berhubung kewajaran penggunaan pantun di dalam skrip juruacara semasa berlangsungnya majlis-majlis rasmi ketenteraan.
“Hasil daripada perbincangan tersebut adalah dimaklumkan PAT telah memutuskan bahawa tiada lagi penggunaan pantun dalam skrip juruacara bagi setiap majlis rasmi ketenteraan,” katanya.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#Kamalruzaman Mohd Othman
#Media
#Melayu
#Pantun
#pejuang bahasa
#peringatan dalaman
#Rais Yatim
#regimental
#seloka
#TLDM
#TUDM
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan