awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bom Perang Dunia Kedua ditemui di Yong Peng

Sinar Harian
Sinar Harian
12/01/2023
22:00 MYT
Bom Perang Dunia Kedua ditemui di Yong Peng
Bom lama jenis UXO Aerial Bomb diletakkan di tepi Jalan Kota 2, Taman Kota, Yong Peng dan kemudiannya dipindahkan ke tempat selamat di ladang kelapa sawit Jalan Hokien dengan kawalan polis. - Foto Sinar Harian
BATU PAHAT: Sebutir bom lama dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua dimusnahkan di ladang kelapa sawit, di Jalan Hokien Yong Peng pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, bom lama jenis UXO Aerial Bomb itu diletupkan Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada jam 11 pagi.
"Balai Polis Yong Peng menerima maklumat daripada orang awam berhubung sebiji bom lama dijumpai di kebun kelapa sawit di kawasan Kangkar Baru pada jam 5.30 petang Rabu.
"Bom tersebut telah dibawa dan diletakkan di tepi Jalan Kota 2, Taman Kota, Yong Peng. Bom tersebut kemudian dipindahkan ke tempat yang selamat di ladang kelapa sawit Jalan Hokien dengan kawalan polis.
"Bom telah dimusnahkan dengan kaedah letupan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau dalam pada itu menasihatkan orang ramai agar segera menghubungi polis sekiranya menjumpai sesuatu objek yang disyaki atau menyerupai bom.
"Jangan sentuh sesuatu objek yang disyaki atau menyerupai bom kerana ia boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bom lama
#peninggalan Perang Dunia Kedua
#kebun kelapa sawit
#Kangkar Baru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan