awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bom UXO tinggalan Perang Dunia Kedua di Semporna dimusnahkan

Bernama
Bernama
12/01/2025
00:30 MYT
Bom UXO tinggalan Perang Dunia Kedua di Semporna dimusnahkan
Sebuah objek yang ditemui di perairan Pulau Sibuan pada 7 Jan lepas dikenal pasti sebagai bom lama atau unexploded ordnance (UXO) tinggalan Perang Dunia Kedua. - Foto Facebook/Tentera Laut Diraja Malaysia
SEMPORNA: Sebuah objek yang ditemui di perairan Pulau Sibuan pada 7 Jan lepas dikenal pasti sebagai bom lama atau unexploded ordnance (UXO) tinggalan Perang Dunia Kedua.
Bom itu berjaya dimusnahkan oleh pasukan penyelam ranjau Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 3.10 petang Sabtu.
Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) Sandakan dalam kenyataan semalam memaklumkan pasukan penyelam ranjau dari Markas Selam dan Peperangan Periuk Api (MSPPA) Lumut bersama MAWILLA 2 diatur gerak untuk melaksanakan operasi pemusnahan bom itu bermula semalam.
"Bom UXO telah berjaya dimusnahkan dengan menggunakan kaedah Blow in Place (BIP), iaitu suatu kaedah pemusnahan di lokasi penemuan dengan mengambil langkah-langkah keselamatan yang tertinggi dan tiada sebarang kerosakan harta benda dan alam sekitar marin dilaporkan," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, UXO berukuran 3 kaki panjang dan 1 kaki lebar itu dipercayai bom tinggalan perang sekitar 1945 dengan berat 250 kilogram.
"Penyelam Ranjau TLDM mengesahkan UXO berkenaan adalan Jenis Aerial Bomb iaitu sejenis bom yang dilepaskan oleh pesawat udara.
"TLDM turut mendapat kerjasama daripada agensi keselamatan iaitu Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bom UXO
#Perang Dunia Kedua
#TLDM
#musnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan