KOTA KINABALU: Pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu serta BBP Lintas terpaksa berjalan kaki sejauh satu kilometer sebelum dapat memulakan operasi memadam kebakaran di Kampung Saga, Menggatal, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah Hamsa Isnurdini berkata dalam kejadian pada 11 pagi tadi, pasukan bomba yang menuju ke tempat kejadian mendapati tiada laluan untuk jentera bomba masuk ke lokasi tersebut.
Beliau berkata ini menyebabkan pasukan bomba yang terdiri 12 anggota daripada BBP Kota Kinabalu dan lapan anggota daripada BPP Lintas terpaksa berjalan kaki membawa peralatan diperlukan.
Menurutnya empat rumah atas air musnah dalam kebakaran itu, manakala dua rumah terbakar 10 peratus dan tiga lagi rumah berjaya diselamatkan menggunakan air paip terbuka di kawasan berhampiran.
"Seorang lelaki bernama Dadin berusia 40-an yang melecur di bahagian muka dalam kebakaran itu dihantar ke hospital, manakala seorang lagi lelaki juga berusia 40-an yang cedera di bahagian tangan dirawat di lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Hamsa berkata api berjaya dikawal pada 11.15 pagi dan operasi ditamatkan pada 12.06 tengah hari.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024
Menurut Hamsa, empat rumah atas air musnah dalam kebakaran itu, manakala dua rumah terbakar 10 peratus dan tiga lagi rumah berjaya diselamatkan menggunakan air paip terbuka di kawasan berhampiran. - Gambar Bernama
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Bomba jalan kaki 1km padam kebakaran di Menggatal
Pasukan bomba daripada BBP Kota Kinabalu serta BBP Lintas terpaksa berjalan kaki sejauh satu kilometer sebelum dapat memulakan operasi memadam kebakaran di Kampung Saga, Menggatal, di sini hari ini.
Dua individu bertengkar sebelum melecur dalam kebakaran dua kenderaan
ACP Yahaya berkata, sebelum kebakaran berlaku, seorang saksi mendengar pertengkaran di antara kedua-dua mangsa.
Insiden bilik jana kuasa, ibu tahu anak melecur dari kumpulan WhatsApp
Ibu mangsa terkejut mendapati rakaman video dikongsi di dalam kumpulan itu adalah mengenai anaknya, sebelum bergegas pulang sekitar 5 petang.
Lelaki OKU rentung dalam kebakaran rumah panjang 36 pintu
Rumah panjang tersebut dihuni sekitar 189 penduduk, tetapi ramai yang tidak berada di lokasi kejadian ketika insiden.
Dua beradik melecur dalam kebakaran rumah
Dua beradik melecur pada bahagian tangan dan badan ketika cuba menyelamatkan diri selepas kediaman mereka terbakar.
Tong gas meletup punca tiga beranak melecur
Dua tabung gas oksigen meletup punca mengakibatkan tiga beranak terbakar dan melecur dalam kejadian di Taman Industri Ringan Sri Mergong.
Kanak-kanak melecur terkena bahan mudah terhakis di tabika
Insiden itu berlaku di sebuah taman asuhan bimbingan dan kanak-kanak di Kemaman pada Rabu.
Bilik terbakar, wanita warga emas melecur 90 peratus
Seorang wanita warga emas melecur 90 peratus selepas bilik di bahagian tingkat atas kediamannya di Taman Pelangi Indah, terbakar, awal pagi tadi.
Lelaki bakar bekas teman wanita hidup-hidup ditahan
Seorang lelaki yang didakwa membakar bekas teman wanitanya hidup-hidup ditahan di Colombia pada Rabu.
Wanita maut, seorang melecur kebakaran lapan rumah
Insiden tersebut secara keseluruhan membabitkan 27 mangsa daripada lapan keluarga melibatkan lapan rumah.