awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki OKU rentung dalam kebakaran rumah panjang 36 pintu

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
29/09/2023
00:30 MYT
Lelaki OKU rentung dalam kebakaran rumah panjang 36 pintu
Rumah panjang tersebut dihuni sekitar 189 penduduk, tetapi ramai yang tidak berada di lokasi kejadian ketika insiden malang ini berlaku. - Foto JBPM Sarawak
JULAU: Seorang lelaki kelainan upaya (OKU) rentung manakala seorang wanita melecur dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah rumah panjang di Lasi di sini.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Hendery Ardimanshah berkata, identiti mangsa yang rentung dikenal pasti sebagai August Pasang, 49 tahun.
Terdahulu, bomba dimaklumkan tentang kebakaran membabitkan Rumah Panjang Micheal Marau di Sungai Sejugam, Lasi ini sekitar jam 4.26 petang Khamis, dan segera mengatur gerak sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor ke lokasi.
"Setibanya di lokasi, pasukan mendapati api sedang marak memusnahkan rumah panjang 36 pintu yang berstruktur tidak kekal tersebut.
"Proses pemadaman kemudian dilakukan dengan bantuan dua aliran air, yang diperolehi daripada sumber sungai dan tangki jentera.
Proses tersebut, kata Hendery, tertumpu kepada bahagian kiri, tengah, serta kanan rumah panjang tersebut, sehingga api reda dan terpadam.
Berdasarkan maklumat penduduk katanya, pasukan kemudian melakukan pencarian mangsa sebelum menemui satu mayat rentung di pintu rumah panjang bernombor 33, sekitar jam 5.30 petang.
Proses pemadaman ujarnya lagi, berakhir sekitar jam 9.45 malam.
"Siasatan dan aktiviti forensik bagaimanapun masih berlangsung untuk mengenal pasti punca dan taksir kerugian," tambahnya lagi.
Rumah panjang tersebut dihuni sekitar 189 penduduk, tetapi ramai yang tidak berada di lokasi kejadian ketika insiden malang ini berlaku.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#OKU
#rentung
#melecur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan