awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
Hubungan China-Malaysia akan terus cemerlang pada 2026 - Duta China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba masih siasat punca kebakaran, letupan besar

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
28/04/2022
03:50 MYT
Bomba masih siasat punca kebakaran, letupan besar
Pihak bomba tidak menolak kemungkinan kebakaran dan letupan besar itu berpunca daripada dapur gas atau daripada bahan-bahan lain. - Astro AWANI
KUANTAN: Bomba masih melakukan siasatan punca kebakaran sebuah rumah yang menyebabkan berlaku letupan yang sangat dahsyat di Permatang Badak Kuantan pada kejadian pagi Khamis.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 3 pagi itu telah menyebabkan sebuah rumah terbakar 100 peratus, rumah sebelah rosak 90 peratus dan beberapa rumah berdekatan mengalami kerosakan.
Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Pahang (JBPM), Datuk Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, pihak bomba tidak menolak kemungkinan kebakaran dan letupan besar itu berpunca daripada dapur gas atau daripada bahan-bahan lain seperti bunga api atau mercun.
"Cuma apa yang kita sedang melihat ini kenapa ianya jadi macam itu sebab kalau kita lihat pada dasarnya kejadian ini mungkin ada satu bahan yang menyebabkan berlakunya letupan sama ada dari dapur masak sendiri gas ataupun daripada bahan-bahan yang kita masih lagi siasat.
"Walau bagaimana pun kita tak pastikan lagi sebab kita melihat adanya macam bunga api dan sebagainya dalam rumah tetapi kita belum pastikan apa yang menyebabkan letupan begitu dasyat sekali," katanya.
Tambah Wan Mohammad Zaidi, jika letupan itu berpunca daripada mercun dan bunga api, bomba akan siasat jumlah mercun dan bunga api yang terlibat sehingga boleh berlaku letupan yang teruk sehingga memusnahkan rumah tersebut.
Kejadian itu di rumah pertama 100 peratus musnah telah mengakibatkan dua lelaki dewasa cedera, dua wanita dewasa cedera, saorang kanak-kanak berusia 2 tahun maut, manakala di rumah kedua 90 peratus musnah, seorang bayi perempuan berusia lapan bulan cedera dan seorang lelaki dewasa serta seorang wanita dewasa dengan seorang kanak-kanak 5 tahun, didapati selamat.
BACA: Kanak-kanak dua tahun maut, bayi 8 bulan antara yang cedera dalam kebakaran
Kebakaran ini juga melibatkan sebuah kereta dan sebuah motorsikal hangus terbakar dan dua kereta dan sebuah motorsikal lain mengalami rosak teruk.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#punca
#letupan
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan