awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
Gudang terbakar, 76.8 tan limau mandarin musnah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba selamatkan 20 mangsa terperangkap banjir di Hulu Langat

Bernama
Bernama
04/12/2025
08:20 MYT
Bomba selamatkan 20 mangsa terperangkap banjir di Hulu Langat
JBPM menerima panggilan kecemasan pada 9.14 pagi sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn digerakkan ke lokasi. - Gambar/ JBPM
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan 20 mangsa yang terperangkap dalam banjir di Kampung Dusun Nanding, Hulu Langat, selepas air naik mendadak ekoran hujan lebat pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.14 pagi sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn digerakkan ke lokasi.
"Sebaik tiba, didapati kawasan kampung dinaiki air sedalam 0.3 meter. Kesemua 20 mangsa berjaya dibawa keluar menggunakan lori ke tempat selamat. Bagaimanapun, trend air di lokasi kini menunjukkan penurunan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Hulu Langat hari ini, masing-masing di Sekolah Rendah Agama (SRA) Dusun Nanding dan Sekolah Kebangsaan Sungai Serai bagi menempatkan mangsa banjir susulan keadaan air yang meningkat di beberapa kawasan.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menutupsementara dua laluan iaitu di kawasan Sungai Serai dan Nanding, Hulu Langat kerana terjejas dengan banjir berikutan hujan berterusan sejak awal pagi tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir selangor
#banjir 2025
#Banjir Hulu Langat
#mangsa terperangkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan