awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesyuarat UNSC mengenai Venezuela diadakan Isnin
Sudah jadi mangsa pelaburan, pakar perubatan ditipu pula ‘peguam’ rugi lebih RM500,000
Polis nafi rompakan masjid di Kuala Kedah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba selamatkan empat terperangkap kebakaran rumah kedai di Klang

Bernama
Bernama
16/08/2025
01:10 MYT
Bomba selamatkan empat terperangkap kebakaran rumah kedai di Klang
Kebakaran rumah kedai di Taman Sentosa, Klang, pagi tadi berjaya dikawal dengan kekuatan 14 anggota dan pegawai dari BBP Andalas, BBP Klang Selatan dan BBP Klang Utara. - Foto JBPM Selangor
SHAH ALAM: Empat individu termasuk seorang warga emas berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah kedai di Taman Sentosa, Klang, pagi tadi, sebelum berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata kebakaran di tingkat satu bangunan tiga tingkat itu menyebabkan mangsa, berusia 17 hingga 81 tahun, terperangkap akibat asap tebal yang menutupi laluan tangga.
"Kebakaran berkeluasan 20 x 30 kaki persegi di tingkat satu memusnahkan 50 peratus ruang berkenaan. Kesemua mangsa, seorang lelaki, dua wanita dan seorang remaja perempuan berada di tingkat tiga dan berjaya dibawa turun dengan selamat," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal pada 6.16 pagi dengan kekuatan 14 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas, BBP Klang Selatan dan BBP Klang Utara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#kebakaran rumah kedai
#Klang
#warga emas terperangkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan