awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rani Kulup ditidurkan di zon merah HUKM
Penceramah bebas dijel 10 hari gagal lunas hutang kahwin RM120,000
Laporan siasatan kes Danish Irfan siap dua minggu lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba selamatkan kanak-kanak yang hanyut selepas jatuh dalam parit

Bernama
Bernama
14/12/2020
21:16 MYT
Bomba selamatkan kanak-kanak yang hanyut selepas jatuh dalam parit
Bomba menemukan kanak-kanak itu dalam keadaan kesejukan dan berjaya dinaikkan ke tebing parit sebelum dihantar ke Hospital Tangkak untuk rawatan. Kejadian berlaku di Taman Tangkak Jaya dekat Tangkak, 14 Dis, 2020. --fotoBERNAMA/Facebook JBPM
JOHOR BAHRU:Bomba berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun yang dihanyutkan arus deras selepas terjatuh ke dalam parit di Taman Tangkak Jaya dekat Tangkak, petang semalam.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata kejadian dipercayai berlaku semasa kanak-kanak itu cuba menyelamatkan adik lelakinya yang tergelincir ke dalam parit ketika cuba mengambil selipar yang jatuh.
Beliau berkata kanak-kanak itu kemudiannya jatuh sebelum dibawa arus deras, manakala adiknya sempat ditarik orang awam yang melihat kejadian.
Katanya, 10 anggota bomba bersama sebuah jentera balai bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.15 petang, dan selepas mencari selama kira-kira setengah jam kemudian, barulah kanak-kanak itu ditemukan.
Beliau yang dihubungi malam tadi berkata, bomba menemukan kanak-kanak itu dalam keadaan kesejukan dan berjaya dinaikkan ke tebing parit menggunakan tali khas, sebelum dihantar ke Hospital Tangkak untuk rawatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#Kanak-kanak
#hanyut
#jatuh
#parit
#Tangkak
#Johor
#Rafiah Aziz
#selipar
#tergelincir
#arus deras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan