awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot karam dekat Pulau Segantang, 2 nelayan dikhuatiri lemas

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
28/04/2020
02:10 MYT
Bot karam dekat Pulau Segantang, 2 nelayan dikhuatiri lemas
Operasi mencari dan menyelamat dua nelayan yang hilang selepas bot dinaiki mereka karam berhampiran Pulau Segantang. -Astro AWANI/Adie Sufian Zulkefli
Dua nelayan dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka karam berhampiran Pulau Segantang dekat Langkawi, Kedah.
Menurut Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kedah/Perlis, Kapten Maritim Zulinda Ramly, sebaik menerima laporan jam 11.15 pagi Isnin, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Langkawi telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat mangsa.
Operasi pencarian hari pertama ditangguhkan pada jam 7.30 petang akibat cuaca gelap dan bersambung pada jam 7.30 pagi tadi.
Katanya, mangsa yang hilang dikenal pasti sebagai Zainol Salleh, 39, dan Mohd Isa Mohamad, 50.
Jelas Zulinda, jarak pencarian meliputi sektor seluas 202 batu nautika melibatkan bot Kilat 6 milik Maritim Malaysia dan dua buah bot daripada Tentera Laut Diraja Malaysia bersama pasukan Polis Marin.
Topic Berkaitan
#bot karam
#hilang
#Langkawi
#lemas
#Maritim Malaysia
#Mencari dan Menyelamat Maritim
#Mohd Isa Mohamad
#nelayan
#polis marin
#Tentera Laut Diraja Malaysia
#Zainol Salleh
#Zulinda Ramly
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan