Bot karam: Lima lagi mayat ditemukan hari ini

Operasi Carilamat yang dihentikan pada jam 7.30 petang akan disambung pada pagi Selasa. - Gambar Sinar Harian
LANGKAWI: Operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) mangsa bot karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand di sini menemukan lima lagi mayat pada hari ini.
Ringkasan AI
- Operasi CARILAMAT menemui lima mayat lagi, menjadikan jumlah mangsa maut mencapai 12 di perairan Malaysia-Thailand.
- Penemuan termasuk kanak-kanak lelaki, lelaki dewasa, dan wanita, serta sektor pencarian diperluas kepada 255.66 batu nautika persegi.
- Pencarian ditangguhkan disebabkan cuaca gelap dan laut bergelora, setelah pihak berkuasa Thailand turut menemui enam mayat di perairan mereka.
"Beberapa minit kemudian, aset milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Bot FCB 1331 pula menemukan mayat seorang lelaki dewasa terapung di laut sebelum dibawa ke jeti Maritim Malaysia dan diserahkan kepada pihak polis.
"Tidak lama selepas itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan penemuan mayat seorang wanita kira-kira tiga batu nautika barat laut Pulau Rebak Besar, sebelum dibawa ke jeti Harbour Park," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pada 3.31 petang, aset KD LEDANG milik TLDM menemukan satu lagi mayat wanita, manakala Bot PSC 20 Pasukan Polis Marin (PPM) menjumpai mayat lelaki terapung sebelum dibawa ke jeti Harbour Park untuk tindakan lanjut.
Sektor pencarian kini diperluas kepada 255.66 batu nautika persegi, melibatkan pelbagai aset laut dan udara daripada Maritim Malaysia, TLDM, Pasukan Polis Marin, JBPM dan APM.
Terdahulu, Romli berkata pihaknya dimaklumkan bahawa pihak berkuasa Thailand turut menemukan enam mayat di perairan negara itu pada semalam.
CARILAMAT hari ini ditangguhkan pada 7.30 malam berikutan cuaca gelap serta laut bergelora, dan akan disambung pagi esok.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


