awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot nelayan terbakar, 25 awak-awak berjaya diselamatkan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
09/09/2025
01:50 MYT
Bot nelayan terbakar, 25 awak-awak berjaya diselamatkan
Seramai 25 awak-awak berjaya diselamatkan selepas sebuah bot nelayan terbakar berhampiran Pelantar Alep, Pantai Remis, dekat Lumut, malam tadi. - Gambar ihsan JBPM Perak
IPOH: Seramai 25 awak-awak berjaya diselamatkan selepas sebuah bot nelayan terbakar berhampiran Pelantar Alep, Pantai Remis, dekat Lumut, malam tadi.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, kesemua awak-awak itu diselamatkan bot nelayan yang berada berdekatan lokasi kebakaran setelah mereka terjun ke laut.
Menurutnya, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 11.06 malam, sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis ke lokasi.
“Kejadian melibatkan kebakaran sebuah bot pukat jerut jenis kelas C bersaiz 75 X 22 kaki musnah terbakar 80 peratus lebih kurang 3.5 nautika dari pelantar berdekatan.
“Terdapat 25 orang awak-awak telah diselamatkan oleh bot nelayan yang berada berdekatan lokasi kebakaran setelah terjun ke laut dan dibawa ke Pelantar Alep,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, hasil perbincangan dengan pemilik bot, didapati bot yang memiliki kapasiti diesel sebanyak 10,000 liter sedia untuk dikaramkan dan sedang ditunda ke tengah laut dengan menggunakan bantuan dari bot nelayan yang berada berdekatan lokasi.
Bagaimanapun, katanya, operasi pemadaman diteruskan atas permintaan pemilik bot kerana memerlukan bangkai bot tersebut.
“Ketua Operasi mengarahkan anggota membuat pemadaman menggunakan dua aliran 200 kaki dua pancutan bersumberkan air terbuka dan pam angkut sehingga api dapat dipadamkan sepenuhnya,” ujarnya.
Shazlean berkata, operasi terkawal pada jam 1 pagi dan tamat sepenuhnya jam 2.57 pagi.
Topic Berkaitan
#bot nelayan terbakar
#awak-awak diselamatkan
#Pelantar Alep
#Pantai Remis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan