awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BR1M pelengkap kepada bantuan kewangan kumpulan sasar KPWKM - Rohani

Bernama
Bernama
01/01/2017
00:38 MYT
BR1M pelengkap kepada bantuan kewangan kumpulan sasar KPWKM - Rohani
ROHANI: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah pelengkap kepada bantuan yang diberikan kepada kumpulan sasar KKPWKM. - Gambar fail
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah pelengkap kepada bantuan yang diberikan kepada kumpulan sasar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), kata Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Beliau berkata KPWKM telah mewujudkan pelbagai skim bantuan bagi membantu kumpulan sasarnya ke arah pencegahan, pemulihan, pembangunan dan pengintegrasian dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan hidup mereka secara menyeluruh.
Bagaimanapun, katanya bantuan kewangan yang diberikan KPWKM tidak mencukupi untuk menampung keperluan asas kumpulan sasar yang rata-rata mempunyai pendapatan isi rumah di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK).
"Saya menyokong langkah kerajaan untuk terus memberikan BR1M terutamanya kepada kumpulan sasar KPWKM kerana mereka adalah golongan yang paling susah dalam masyarakat kita, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan cabaran kenaikan kos hidup," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Rohani berkata tuduhan yang mengatakan BR1M adalah satu unsur rasuah kepada rakyat juga tidak berasas kerana penerima BR1M adalah berdasarkan permohonan yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia mengikut kriteria ditetapkan.
"Bantuan BR1M mungkin dilihat remeh kepada sesetengah pihak tetapi yang pastinya ia amat bermakna kepada mereka yang hidup dalam keadaan yang serba kekurangan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BR1M
#Datuk Seri Rohani Abdul Karim
#KPWKM
#PGK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan