KUALA SELANGOR: Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang bayi lelaki di dalam kotak di belakang perhentian bas di kawasan Perindustrian Batu 22 Ijok di sini pada Rabu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin berkata, kedua-dua individu terbabit ditahan di dua lokasi berbeza hasil risikan dan maklumat awam yang diterima pada jam 5 petang Jumaat.
Menurutnya, kedua-dua mereka berusia 20 tahun yang bekerja sebagai jurujual ditahan di lokasi berasingan di Sungai Buloh dan Ijok.
"Penahanan dibuat berdasarkan sedikit petunjuk yang ditinggalkan bersama mayat bayi tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Mohd Ambia berkata siasatan awal mendapati wanita terbabit mengaku telah melahirkan bayi lelaki di tandas rumahnya di Ijok.
Katanya, sejurus melahirkan bayi tersebut, wanita itu panik kerana bayinya tidak bergerak sebelum meninggalkan bayi berkenaan yang tidak bernyawa di Perhentian Bas Batu 22 Ijok.
"Ibu bapa wanita terbabit mengakui dia tidak mengetahui anak perempuannya mengandung dan melahirkan bayi," katanya.
Menurut beliau, wanita itu kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.
"Kedua-dua mereka yang ditahan akan dibawa di hadapan majistret untuk permohonan reman pada Sabtu," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, mayat seorang bayi lelaki ditemui di dalam kotak di belakang perhentian bas di kawasan Perindustrian Batu 22 Ijok di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, bayi itu itu ditemui orang awam sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.
Berita asal: Buang bayi: Polis tahan pasangan kekasih
Sinar Harian
Fri Apr 09 2021
Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang bayi lelaki di dalam kotak di belakang perhentian bas di kawasan Perindustrian Batu 22 Ijok pada Rabu. -Gambar hiasan
Kedaulatan Digital: Astro gesa kerajaan semak undang-undang kukuh kuasa penguatkuasaan
Kerajaan digesa untuk membuat semakan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa penguatkuasaan dalam membantu agensi berkaitan bertindak dengan lebih pantas demi kedaulatan digital Malaysia.
Tiga anggota polis direman kes rasuah pemandu lori
Tiga anggota polis direman empat hari sehingga Ahad bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemandu lori di Mersing.
DOSM tambah 300 kaunter daftar PADU
Jabatan Perangkaan menambah 300 kaunter fizikal di seluruh negara dalam memastikan proses mengemas kini maklumat dalam sistem PADU lancar.
Wanita 20 tahun ke atas disaran jalani saringan kesihatan kesan NCD
"Jangan tunggu ada simptom baru nak uji, masa tu tak tahu sama ada komplikasi sudah berlaku atau tidak."
India bantah keras kenyataan AS berhubung penahanan Ketua Menteri Delhi
Pandangan negara luar berhubung penahanan Kejriwal dilihat telah merisaukan Kerajaan India.
Kuasa bekukan permit pemindahan padi antara negeri di bawah Akta 522 - KPB
Kuasa membekukan permit pemindahan padi antara negeri adalah di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) melalui fungsi Ketua Pengarah KPB.
Air Balang RM1 jadi tumpuan Bazar Ramadan Temenggong, Kulai
Bukan sekadar berniaga, pengusaha Air Balang RM1 juga ambil kesempatan lakukan jariah di bulan penuh kemuliaan.
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Disyaki buang bayi di Selama, dua remaja ditahan polis
Dua remaja, masing-masing lelaki berusia 17 tahun dan perempuan berusia 14 tahun, ditahan polis kerana disyaki membuang bayi.
JKM kesan ibu, waris bayi ditinggal dalam beg tepi longkang
JKM Daerah Manjung sedang mengesan ibu kandung kepada seorang bayi lelaki yang ditemukan dalam beg di tepi longkang belakang rumah kedai di Ayer Tawar.
Bayi lelaki ditinggalkan dalam beg di tepi longkang
Seorang bayi lelaki ditemukan dalam sebuah beg di tepi longkang belakang sebuah kedai di Ayer Tawar dekat Manjung, semalam.
Bayi lelaki ditemukan dalam bungkusan plastik di Bandar Sunway
Seorang bayi lelaki ditemukan di dalam bungkusan plastik di tepi jalan di Bandar Sunway, Subang Jaya dekat sini, semalam.
JKM cari waris bayi dijumpai di kedai ayam
JKM Terengganu sedang mengesan ibu kandung dan waris kepada seorang bayi perempuan yang dijumpai di sebuah kedai ayam di Bukit Jabor, Chukai dekat sini pada 6 Julai lalu.
JKM kesan waris bayi dibuang dalam tong sampah di Klebang
JKM Melaka Tengah memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan waris bayi perempuan yang ditinggalkan dalam tong sampah berhampiran Flat Langkawi, Pantai Emas Klebang di sini, pada bulan lalu.
Buang bayi: Tindakan pantas pegawai perubatan, selamatkan nyawa bayi baru lahir
Polis berkata hasil siasatan mendapati ibu bayi itu belum berkahwin dan bekerja sebagai jurujual, dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.
256 kes buang bayi dalam tempoh dua tahun sejak 2020 - Nancy
Sejumlah 256 kes pembuangan bayi direkodkan sepanjang 2020 hingga 2022 berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Polis kesan suspek buang bayi tepi longkang di HTAA
Polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan individu yang disyaki membuang bayi lelaki yang ditemui di tepi longkang berhampiran sebuah lobi lif Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Bayi baru lahir ditinggalkan di jalan raya, sebelum meninggal dunia
Bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan awal dan disahkan berada dalam keadaan tenat.