awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyelarasan pemeriksaan di KLIA lancarkan pergerakan penumpang, jamin keselamatan
[KOLUMNIS] Implikasi penyakit akuakultur terhadap keselamatan makanan negara
Ringgit ditutup rendah, kekal akhiri 2025 dengan prestasi lebih mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buat siaran langsung prosiding PAC mengenai 1MDB - Saifuddin

Israr Khalid
Israr Khalid
06/06/2015
10:13 MYT
Buat siaran langsung prosiding PAC mengenai 1MDB - Saifuddin
SAIFUDDIN: Kekecohan semalam menunjukkan rakyat benar-benar ingin tahu masalah yang melanda 1MDB dan mereka mahukannya diselesaikan.
Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) mencadangkan supaya mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB disiarkan secara langsung melalui televisyen.
Ketua Pegawai Eksekutif GMM, Datuk Saifuddin Abdullah berkata apa yang berlaku di Dialog #Nothing2Hide 'PM Bersama NGO' semalam mencerminkan masalah 1MDB sangat dekat di hati masyarakat.
"Semalam menunjukkan rakyat benar-benar ingin tahu masalah yang melanda 1MDB dan mereka mahukannya diselesaikan," tegas Saifuddin dalam sidang media selepas Himpunan Rangkaian Gerakan Muslim Asia (AMAN) kelima di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berpendapat debat bukanlah cara terbaik menyelesaikan isu 1MDB.
Sebaliknya, isu kehilangan wang berbilion ringgit oleh syarikat itu perlu diselesaikan melalui cara PAC.
"Oleh kerana rakyat ingin tahu, sesi prosiding perlu disiarkan secara langsung supaya rakyat boleh lihat sendiri apa yang dibincangkan," ujar Saifuddin yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali semalam turut mencadangkan dialog antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diadakan di kaca televisyen untuk tontonan umum.
Dialog #Nothing2Hide 'PM Bersama NGO' yang dijadual berlangsung pada Jumaat dibatalkan di saat-saat akhir oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar atas alasan keselamatan.
BACA: #Nothing2Hide: Dialog PM bersama NGO dibatalkan BACA: Kronologi #Nothing2Hide: Di sebalik pembatalan Dialog PM bersama NGO
BACA: #Nothing2Hide: Tiada arahan dari PM batalkan dialog - Khalid
Topic Berkaitan
##nothing2hide
#1MDB
#GMM
#PAC
#Saifuddin Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan