SHAH ALAM: Seorang Penolong Pegawai Hal Ehwal Ekonomi di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat tuntutan palsu sebanyak RM17,000, empat tahun lepas.
Mohd Zamadi Mohd Zain, 42, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang didakwa dilakukan di PPK Klang, dekat sini pada 15 Jan 2018.
Dia dituduh telah memperdayakan pegawai atasannya dengan menggunakan invois sebuah syarikat berjumlah RM17,000, yang diketahui mengandungi butiran palsu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Lelaki itu juga mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan pilihan iaitu menggunakan invois palsu sebuah syarikat berjumlah RM17,000 sebagai tulen yang dilakukan pada tarikh dan tempat sama.
Bagi tuduhan itu, Mohd Zamadi didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama, membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Hakim Rozilah Salleh membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu melapor diri di pejabat SPRM berhampiran pada setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sebagaimana dimohon Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab.
Terdahulu, peguam Samry Masri yang mewakili Mohd Zamadi memohon jaminan rendah kerana anak guamnya menanggung isteri serta tiga anak yang masih bersekolah.
"Anak guam saya sudah berkhidmat di PPK selama 18 tahun. Dia juga menyara ibunya yang berusia 65 tahun," katanya.
Mahkamah menetapkan 5 April untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen kes.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 04 2022
Mohd Zamadi dituduh telah memperdayakan pegawai atasannya dengan menggunakan invois sebuah syarikat berjumlah RM17,000, yang diketahui mengandungi butiran palsu. - Gambar hiasan
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
Pegawai kanan agensi penguat kuasa direman bantu siasatan tuntutan palsu RM1.18 juta
Pengarah SPRM negeri Kedah, Ahmad Nizam Ismail mengesahkan penahanan pegawai kanan tersebut susulan penahanan empat individu yang disyaki terlibat dalam kes sama sebelum ini.
Tuntutan palsu selenggara kapal: SPRM tahan tiga penguat kuasa termasuk pegawai kanan
Tiga individu termasuk seorang pegawai kanan sebuah agensi penguat kuasa disyaki kemuka tuntutan palsu RM1 juta ditahan SPRM.
Tuntutan palsu hampir RM1 juta: SPRM tahan pengarah syarikat
Suspek disyaki terlibat dalam tuntutan palsu pada 2021 babitkan kerja penyelenggaraan stor minyak dan bilik penginapan berjumlah lebih RM490,000.
Tuntutan palsu: SPRM tahan pengarah urusan, pengarah operasi syarikat dan pengetua asrama
Menurut sumber, dua suspek yang berjawatan pengarah di sebuah syarikat yang sama itu, disyaki bersubahat dengan pengetua asrama.
Azalina lancar e-buku "Sulu Fraud vs Malaysia's Truth"
Sulu Fraud vs. Malaysia's Truth memperingati pencapaian dan kejayaan Kerajaan Malaysia dalam menangkis tuntutan palsu Kumpulan Sulu.
Tuntutan palsu lebih RM1.3 juta, guru besar direman enam hari
Penolong Kanan Pendaftar Yuhanis Mohd Roslan mengeluarkan perintah reman terhadap guru besar berusia 46 tahun itu sehingga Isnin depan.
Ketua jabatan, pengarah syarikat direman bantu siasatan tuntutan palsu
Seorang ketua jabatan sebuah kementerian dan seorang pengarah syarikat masing-masing direman lima dan empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan palsu.
Tuntutan palsu: Dua ketua jabatan, pengarah syarikat ditahan SPRM Melaka
SPRM Melaka menahan dua ketua jabatan serta seorang pengarah syarikat selepas disyaki membuat tuntutan palsu.