awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran besar landa pusat penyelidikan utama di Jerman
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 12 tahun hancur tangan kiri, mercun diubah suai meletup

Sinar Harian
Sinar Harian
27/03/2025
10:03 MYT
Budak 12 tahun hancur tangan kiri, mercun diubah suai meletup
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun hancur tangan kiri selepas mercun yang diubah suai meletup di Tumpat. -Gambar hiasan/Freeimages.com
KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun hancur tangan kiri selepas mercun yang diubah suai meletup dalam kejadian di Tumpat, pada Rabu.

Ringkasan AI
  • Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun hancur tangan kiri selepas mercun yang diubah suai meletup di Tumpat.
  • Mangsa telah dibawa ke Hospital Tumpat dan kemudian dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut.
  • Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin, menasihatkan ibu bapa supaya memantau aktiviti anak-anak dan memastikan mereka tidak bermain mercun yang berbahaya.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu mangsa difahamkan bermain mercun yang diubah suai bersama dua rakan lain.
Bagaimanapun, dua rakan mangsa yang turut bermain mercun terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, mangsa telah dibawa ke Hospital Tumpat untuk mendapatkan rawatan, sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.
"Kesan letupan mercun itu mengakibatkan tangan kiri mangsa hancur.
"Mangsa turut mengalami luka pada bahagian muka," katanya ketika dihubungi pemberita di sini pada Khamis.
Menurut beliau, kanak-kanak ini merupakan mangsa terbaharu letupan mercun di Kelantan.
Katanya, sepanjang Ramadan ini sebanyak 23 kes membabitkan mercun direkodkan.
Dr Zaini berkata, daripada jumlah itu 13 mangsa dimasukkan ke wad, manakala selebihnya menerima rawatan sebagai pesakit luar.
"Nasihat saya kepada ibu bapa supaya memantau aktiviti anak-anak masing-masing.
"Pastikan anak-anak tidak bermain mercun yang boleh membahayakan keselamatan," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mercun diubah suai
#budak 12 tahun
#hancur tangan kiri
#Zaini Hussin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan