awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 5 tahun parah tertusuk besi di leher, dada

Sinar Harian
Sinar Harian
15/03/2024
02:15 MYT
Budak 5 tahun parah tertusuk besi di leher, dada
Pasukan bomba membantu memotong besi yang tertusuk pada kanak-kanak di Hospital Kota Marudu. - Foto Sinar Harian
KOTA MARUDU: Seorang kanak-kanak lelaki parah selepas tertusuk besi di bahagian leher dan dada ketika dalam perjalanan ke kedai runcit dalam kejadian di Kampung Tandek, di sini pada Khamis.
Mangsa berusia lima tahun dikejarkan ke Hospital Kota Marudu bagi mendapatkan rawatan sebelum mendapatkan bantuan daripada pihak bomba untuk mengeluarkan besi tersebut.
Ketua Balai Bomba (BBP) Kota Marudu, Mohd Hasbi Hajat berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.31 petang berhubung kejadian itu.
Menurutnya, seramai enam anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memberikan bantuan kepada mangsa yang berada di hospital.
"Menurut ibu mangsa, ketika kejadian mereka pergi ke kedai runcit namun tersadung dan terjatuh sebelum tertusuk besi.
"Pasukan bomba yang menerima panggilan tersebut segera membantu mangsa yang tertusuk besi di bahagian leher dan dada dengan memotong besi tersebut menggunakan peralatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Mohd Hasbi berkata lagi, selepas berjaya memotong besi tersebut mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut.
"Operasi kemudian ditamatkan pada jam 7.09 malam," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tertusuk besi
#Kanak-kanak
#dada
#Hospital Kota Marudu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan