awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rupee India cecah paras terendah dalam sejarah
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BUDI95: Rakyat Malaysia miliki lesen Singapura lega permohonan dibuka, proses lancar

Bernama
Bernama
17/10/2025
02:50 MYT
BUDI95: Rakyat Malaysia miliki lesen Singapura lega permohonan dibuka, proses lancar
Mohd Nasir (dua, kanan) membuat permohonan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) menerusi laman sesawang khas Jabatan Pengangkutan Jalan yang dibuka bermula semalam. - Gambar Bernama
JOHOR BAHRU: Rakyat Malaysia yang memiliki Lesen Memandu Singapura (LMS) meluahkan kelegaan apabila permohonan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dibuka bagi membolehkan mereka turut menikmati manfaat subsidi.
Pemandu bas sebuah syarikat pengangkutan di republik itu, Mohd Nasir Mokhtar, 44, berkata, setakat ini, tiada masalah yang dihadapi untuk mengakses pautan permohonan di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Mohd Nasir berkata, mekanisme yang disediakan kerajaan itu memudahkan mereka untuk membuat permohonan.
Bagaimanapun, pemohon lain dinasihati supaya menyemak dengan teliti dan memastikan kesemua maklumat diisi dengan betul sebelum menekan butang hantaran.
"Pagi ini baru sempat hendak buka laman JPJ untuk buat permohonan, proses lancar, rakan-rakan pun bantu," katanya yang sudah lebih dua tahun bekerja sebagai pemandu bas ketika ditemui Bernama, di sini hari ini.
Mohd Hizwan Jaafar, 35, pula berkata, sistem permohonan yang disediakan dilihat mesra pengguna dan mudah untuk difahami.
"Saya harap lulus permohonan dan penerima boleh nikmati manfaat tanpa tunggu lama," katanya yang enam tahun bekerja sebagai pemandu bas.
Mohamad Yusof, 38, yang juga bekerja sebagai pemandu bas berkata, langkah yang disediakan kerajaan dapat memastikan tiada isu keciciran berlaku.
"Langkah kerajaan ini bagus dan cepat, dengan ini rakyat yang layak dapat guna subsidi dan tidak ada yang tercicir," katanya.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebelum ini dilaporkan berkata, Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui JPJ membuka laman web khas mulai semalam bagi memudahkan rakyat Malaysia yang menggunakan LMS memohon BUDI95.
Beliau berkata, ia bagi membantu rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, tetapi terpaksa menggunakan lesen memandu republik itu untuk tujuan pekerjaan, khususnya dalam sektor perkhidmatan seperti pemandu bas, pemandu perkhidmatan sokongan dan pekerja operasi.
Laman web berkenaan boleh diakses di www.BUD195lesensG.jpj.gov.my, manakala status kelayakan boleh disemak selepas 14 hari melalui portal rasmi www.budi95.gov.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BUDI95
#rakyat Malaysia
#Lesen Memandu Singapura
#manfaat subsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan