JOHOR BAHRU: Suasana di JB Sentral satu-satunya pintu keluar masuk ke Kompleks Pemeriksaan Kastam dan Imigresen ( CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar ( BSI) di sini, kembali meriah dengan kepulangan ratusan rakyat Malaysia yang mula tiba sejak awal pagi.
Kepulangan itu susulan pembukaan sepenuhnya sempadan Malaysia-Singapura dengan sebahagian besar prosedur operasi standard (SOP) dilonggarkan termasuk tidak perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian saringan COVID-19 serta ujian prapelepasan dan semasa ketibaan.
SEMUA MENGENAI PEMBUKAAN SEMPADAN NEGARA DI SINI
Tinjauan Sinar Harian di JB Sentral di sini mendapati, keluarga dan saudara mara mula menunggu kepulangan rakyat Malaysia dari Singapura.
Bagaimanapun, mereka dilihat hanya menunggu dari dalam kereta memandangkan kawasan di JB Sentral dipantau rapi anggota keselamatan bagi mengelak berlakunya kesesakan lalu lintas.
Kebanyakan warga Malaysia yang bekerja di republik itu mengambil peluang pulang berjumpa keluarga di tanah air selepas sempadan negara ditutup sejak 18 Mac 2020.
Sementara itu, pemerhatian dari Panggung Opera Permaisuri Zarith Sofiah yang terletak berhadapan Tambak Johor mendapati, keadaan lalu lintas di Tambak Johor masih lagi lengang pada awal pagi.
Hanya kelihatan kenderaan seperti lori dan bas, selain beberapa orang berjalan menyeberang Tambak Johor dari Singapura untuk ke CIQ di BSI.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada 30 Mac lalu dilapor berkata, terdapat kira-kira 400,000 rakyat Malaysia yang berulang alik dari Johor ke Singapura setiap hari sebelum pandemik COVID-19 bermula.
Katanya, kerajaan negeri menjangkakan hampir 400,000 orang dijangka menggunakan laluan darat antara Malaysia dan Singapura melalui Tambak Johor dan Linkedua, pada minggu pertama pembukaan semula sempadan negara.
Beliau berkata, kesemua kaunter di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) iaitu di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), di sini, dan Bangunan Sultan Iskandar di akan beroperasi sepenuhnya, bagi mengelakkan berlakunya kesesakan.
Katanya, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut berkenan supaya 130 sukarelawan Southern Volunteers, ditempatkan di kedua-dua CIQ tersebut untuk membantu rakyat Malaysia dan pengembara sekali gus memudahkan urusan mereka nanti.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 01 2022
Keadaan di JB Sentral kembali meriah dengan warga Malaysia yang kembali semula ke tanah air sempena pembukaan sempadan Malaysia-Singapura, pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
Kulit paha Faisal mungkin diguna untuk tampal luka lecuran
Pemain Selangor FC, Faisal Halim akan menjalani pembedahan 'split skin graft' (SSG) yang dijadualkan pada minggu depan.
Malaysia tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas - Fahmi
Begitupun, katanya, beberapa parti politik dalam negara mempunyai hubungan dengan sayap politik organisasi tersebut.
[TERKINI] Sidang Media Program Innovathon Musim Kedua
Ikuti langsung sidang media program Innovathon Musim Kedua bersama Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Sekurang-kurangnya dua minggu lagi untuk pulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Badminton: Biar jurulatih 'pening' hadapi Olimpik Paris 2024 - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky mahu para pemain tenang menghadapi cabaran beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Kemungkinan penstrukturan semula MAHB akan beri manfaat kepada negara - Ahli ekonomi
Kemungkinan penstrukturan semula ekuiti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi manfaat kepada negara.
Enam bekas penuntut UPNM buli, bunuh Zulfarhan - Pendakwaan
Pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan menjatuhi enam bekas penuntut UPNM hukuman mati kerana membuli dan menyebabkan kematian (bunuh) rakan mereka, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Pegawai khidmat pelanggan syarikat perkapalan ditahan bersama 35kg ganja
Seorang pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat perkapalan direman selepas disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di Subang Jaya dan Petaling Jaya.
Exco Pelancongan Perlis ditidurkan akibat komplikasi jantung, paru-paru
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
Budak 5 tahun nodai adik kembar akibat ketagih seks
Gara-gara kerap menyaksikan ibu kandung melakukan hubungan seks bersama teman lelaki, seorang kanak-kanak lingkungan lima tahun tergamak menodai adik kembarnya.
Penumpang cedera, dua bas kemalangan di Tambak Johor
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian pada jam 5.50 pagi itu berlaku di lot parkir laluan bas di BSI menghala ke Singapura.
Johor sedia aktif laluan kontra CIQ BSI, KSAB tangani kesesakan
Kerajaan Johor bersedia mengaktifkan laluan kontra di CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).
Kesesakan di Tambak Johor semakin berkurang, kata PM Anwar
Kesesakan di Tambak Johor yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura semakin berkurang hasil usaha bersama Malaysia dan pihak-pihak yang berkaitan di Singapura.
Kesesakan Tambak Johor: Kerajaan kaji cadangan feri JB-Singapura
Isu kesesakan itu sememangnya dalam perhatian kerajaan malah Jawatankuasa Khas Kabinet juga ditubuhkan bagi membincangkan masalah tersebut.
Peruntukan RM168.70 juta bagi atasi kesesakan di pintu masuk negara - Fadillah
Kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan kira-kira RM168.70 juta dalam usaha mengatasi kesesakan di pintu-pintu masuk negara.
Bahagian kami selesai, kini terpulang kepada Singapura atasi kesesakan di Tambak Johor - PM Anwar
Perdana Menteri memuji usaha yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen, Kastam dan agensi dalam menangani isu itu.
KDN teliti cadangan buka semula jalan pintas pejalan kaki di CIQ BSI
KDN meneliti cadangan membuka semula 'jalan pintas' di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru.
Usaha Johor kurangkan kesesakan di Tambak, Linkedua jimat 2 jam masa perjalanan
Usaha kerajaan Johor menyuraikan kesesakan di Tambak Johor di sini dan Linkedua di Iskandar Puteri berjaya menjimatkan sekurang-kurangnya dua jam masa perjalanan.
Kerajaan negeri tidak 'hangat-hangat tahi ayam' atasi kesesakan BSI, KSAB - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata dia sendiri telah turun padang sebanyak 60 kali ke CIQ BSI dan 14 kali ke CIQ KSAB sehingga kini.
Johor komited pastikan trafik lancar di Tambak Johor, Linkedua
Kerajaan negeri Johor terus komited memastikan trafik lancar di dua lintasan darat antara Johor dan Singapura.