awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MCA tiada niat tinggalkan BN - Wee Ka Siong
Kerajaan tidak halang Selangor laksana ternakan babi berpusat, moden - Mohamad Sabu
Kes tikam pelajar: Laporan psikiatri sahkan remaja lelaki layak dibicarakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buka sempadan: Sarawak akan umumkan SOP berkaitan dalam waktu terdekat

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
11/03/2022
09:20 MYT
Buka sempadan: Sarawak akan umumkan SOP berkaitan dalam waktu terdekat
Menurut Setiausaha Media Premier Sarawak, Ambrose Cheng menerusi satu hantaran di Facebooknya mendedahkan perbincangan itu menyentuh beberapa perkara termasuk Peralihan ke Fasa Endemik.
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan mengumumkan beberapa perkara berhubung Peralihan ke Fasa Endemik dan pembukaan sempadan negara 1 April depan dalam tempoh terdekat.
Beberapa keputusan telah dibincangkan oleh jawatankuasa itu bersama Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam satu sesi taklimat selama satu jam secara dalam talian.
Menurut Setiausaha Media Premier Sarawak, Ambrose Cheng menerusi satu hantaran di Facebooknya mendedahkan perbincangan itu menyentuh beberapa perkara termasuk Peralihan ke Fasa Endemik.
“Taklimat ini merangkumi prosedur operasi standard (SOP), sembilan garis panduan ke fasa endemik, perkara-perkara mengenai Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) dan pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April.
“Pandangan dan cadangan telah dikemukakan, khususnya mengenai pembukaan semua sempadan negara, terutama sempadan Sarawak dengan negara-negara jiran yang mana beberapa ketetapan telah dibuat yang akan diumumkan oleh JPBN Sarawak,” katanya.
Turut hadir dalam perbincangan itu Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Dalam pada itu Ambrose memaklumkan kesihatan Premier Sarawak semakin baik setakat pagi Jumaat dan masih menjalani tempoh pengasingan tujuh hari selepas dihangkiti COVID-19.
Topic Berkaitan
#JPBN Sarawak
#SOP Fasa Endemik
#Abang Johari
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan