KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Panel Pakar Kementerian Belia dan Sukan Datuk V. Radhakrishnan menggesa kerajaan membuka semula pusat kecergasan dan kemudahan sukan untuk individu yang lengkap divaksin.
Radhakrishnan berkata langkah tersebut perlu demi kesihatan fizikal dan mental masyarakat di samping membantu menangani isu pengangguran.
Beliau mengulas mengenai pengumuman kerajaan pada Ahad bahawa 11 sektor termasuk perniagaan dan kedai di pusat beli-belah dibenarkan dibuka semula, termasuk kedai peralatan sukan.
"Ia amat melegakan kami selepas terkesan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.
"Saya juga ingin mencadangkan agar kerajaan melihat kepada kemungkinan membuka sektor tersebut untuk individu telah lengkap divaksin, yang ingin menggunakan kemudahan untuk tujuan kecergasan, di samping memastikan pekerja juga diberi vaksin sepenuhnya," katanya melalui petikan video yang dikongsi bersama media.
Radhakrishnan juga memberitahu bahawa pusat sukan dan kecergasan seperti gimnasium tempatan, gelanggang badminton dan futsal serta kemudahan kecergasan lain, juga perlu dibuka memandangkan ia penting dalam membantu orang ramai mengekalkan kesihatan dan kecergasan.
"Tanpa kemudahan seperti ini dibuka, perniagaan pusat kecergasan dan kemudahan sukan akan terus terjejas berikutan penutupan berpanjangan dan ketiadaan pelanggan menggunakan kemudahan, yang meliputi 80 peratus daripada perniagaan mereka," katanya.
Beliau berkata, walaupun kerajaan telah bersetuju membenarkan rakyat melakukan aktiviti kecergasan dengan berjoging dan berbasikal, keputusan itu masih tidak memadai untuk membantu majoriti industri sukan yang bergantung kepada orang ramai menggunakan gimnasium dan kemudahan sukan mereka.
BACA: Fasa 1 PPN: Kerajaan setuju buka 11 sektor ekonomi mulai 16 Ogos
BACA: Fasa 2 PPN: 11 lagi sektor ekonomi dibuka pada 16 Ogos - PM Muhyiddin
Radhakrishnan berkata NSFVOOA mendapati kira-kira 100 gimnasium dan kemungkinan banyak lagi, mungkin ditutup sekali gus menyebabkan peningkatan dalam pengangguran.
"Kita telah menyaksikan liga bola sepak berlangsung dengan 22 pemain di padang dan tidak ada masalah mengenainya.
"Setakat yang saya tahu, setakat ini, belum ada kluster yang muncul dari venue sukan, di semua pusat kecergasan... kami tidak ada rekod mengenainya, jadi ia adalah industri yang sangat selamat dan sihat," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 16 2021

Pusat sukan dan kecergasan seperti gimnasium tempatan serta kemudahan kecergasan lain perlu dibuka kerana ia penting dalam membantu orang ramai mengekalkan kesihatan. - Gambar hiasan

Malaysia perlu sembilan emas capai sasaran di Hanoi
Beberapa acara final melibatkan atlet Malaysia diharapkan dapat menghadiahkan kilauan emas.

PBB dedah sekatan AS beri kesan kepada Iran
Sekatan menjejaskan kumpulan eksport utama Iran, bank dan juga beberapa syarikat serta individu.

Northport rangkul anugerah IAPH 2022 Sustainability Award tewaskan Pelabuhan Montreal, Amsterdam
Northport telah menewaskan dua finalis lain iaitu Pelabuhan Montreal dan Pelabuhan Amsterdam dalam kategori itu.

JDT dan Sri Pahang FC sekadar seri 2-2
Penyerang berbisa Bergson Gustavo Silveira Da Silva meletakkan Skuad Harimau Selatan di depan menerusi jaringan pada minit ke-17.

Jualan kenderaan UMW Holdings merosot kepada 32,600 unit pada April
Pada April, momentum jualan yang kukuh berterusan apabila UMW Toyota Motor mencatatkan jualan yang bertambah baik.

HLIB : Harga minyak tinggi dijangka kekal dalam tempoh lebih lama
Di sebalik ikrar meningkatkan pengeluaran minyak yang sederhana April lalu, pengeluaran sebenar secara konsisten tidak menepati jangkaan.

WEF 2022 Davos: 'Beri penekanan terhadap usaha pemulihan global'
Pandemik COVID-19 telah mencipta barah kepada pelbagai krisis yang memberi implikasi besar terhadap sistem sokongan global.

Sektor animasi negara mampu tembusi pasaran antarabangsa - MDEC
Produk animasi tempatan seperti Upin & Ipin sudah mula mendapat tempat di pasaran luar malah menerima sambutan luar biasa.

Sukan SEA Hanoi: Skuad boling lelaki, wanita ungguli hari pertama
Pasukan wanita yang diwakili Nur Syazwani Sahar, Nerosha Keligit, Nora Lyana Nastasia Kamal dan Gillian Lim menjatuhkan 2,506 pin.

Musim kering: Rizab telaga air bawah tanah negara mencukupi - Nadma
berdasarkan data JMG, terdapat 5,563 telaga tiub di seluruh negara untuk menghadapi kesan peralihan cuaca itu.

150 individu dikompaun RM150,000 langgar SOP PPN - Polis
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 75 lelaki dan 75 wanita warga tempatan berusia lingkungan 18 hingga 65 tahun.

Pematuhan SOP sektor perdagangan pengedaran hampir 100 peratus - Nanta
Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara oleh 1.09 juta premis sektor perdagangan pengedaran di seluruh negara kini mencapai 99.9 peratus.

P.Pinang belum cadang wajibkan dos penggalak untuk solat jemaah
Pulau Pinang belum bercadang untuk mewajibkan hanya mereka yang sudah lengkap divaksinasi dan menerima suntikan dos penggalak dibenarkan menunaikan solat jemaah di masjid atau surau.

154 individu dikompaun RM155,000 langgar SOP ketika berhibur - Polis
Seramai 154 individu dikompaun berjumlah RM155,000 kerana gagal mematuhi SOP ketika berhibur di sebuah premis hiburan di Bangsar, pada Jumaat.

Sekatan pergerakan? Tiada pusingan U, kata Muhyiddin
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu memberitahu, pengalaman sebelum ini ketika negara mendepani COVID-19 sudah memadai untuk kerajaan menguruskan situasi semasa.

Sarawak benarkan jamuan keluarga menjelang Tahun Baharu Cina
JPBN mengumumkan kelonggaran berkenaan berikutan Sarawak kini berada di bawah Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

PPN 2.0: Kaji terlebih dahulu pencapaian PPN sedia ada - Pakar
Apa yang lebih penting kini adalah memastikan semua pelan di bawah PPN yang sedia ada diperkukuhkan dan mencapai objektif, sebelum pelan baharu dirangka.

Pelan Pemulihan Negara 2.0 perlu dirangka - MPN
Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan satu pasukan akan dibentuk untuk menyediakan deraf pelan pemulihan negara yang baharu itu.

Penangguhan umrah: Jangan lama sangat, perketat SOP lebih baik - Majlis Islam Sarawak
Yang Dipertua MIS Datuk Misnu Taha berharap kebenaran untuk ibadah umrah dipercepatkan kerana ia sepatutnya tidak menjadi masalah sekiranya SOP ketat dikuatkuasakan.

Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.