KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hanya berminat memberikan tumpuan kepada kementeriannya selepas namanya dikaitkan dengan jawatan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Beliau berkata ketika ini tumpuannya lebih terarah kepada memastikan semua inisiatif yang dilaksanakan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berjalan lancar.
"Ada yang maklumkan kepada saya malam semalam timbul ura-ura, ada beberapa nama dicadangkan dan dibincangkan (sebagai presiden FAM) di media massa.
"Bagi saya, sebagai menteri, saya memang banyak tanggungjawab yang perlu dilunaskan dan fokus saya ialah ke arah memastikan pelaksanaan di MITI berjalan lancar," katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Bernama 2024 di Wisma Bernama di sini hari ini.
Pada masa sama tengku Zafrul mengakui beliau sudah lama meninggalkan dunia korporat dan merasakan individu lain lebih layak perlu dicalonkan untuk jawatan tertinggi FAM itu.
"Memang saya dalam dunia korporat lebih kurang 20 tahun dengan di hujungnya menjadi CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) CIMB...jadi memang pengalaman korporat itu ada. Cuma sekarang saya dah beralih dari kehidupan korporat, sekarang saya dalam kerajaan, jadi fokus saya pastinya memberi lebih banyak masa kepada kerja di MITI," katanya.
Semalam, media tempatan melaporkan tiga nama individu daripada dunia korporat termasuk Tengku Zafrul dilihat sesuai untuk memimpin FAM sebagai salah satu langkah mentransformasikan badan induk itu ke tahap yang lebih tinggi.
Dua lagi tokoh korporat yang dinamakan ialah Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) Datuk Kapten Izham Ismail.
"Saya percaya banyak lagi calon yang bagus, (contohnya) Kapten Izham dan Tan Sri Mohamad Salim dan seperti yang disebut sebelum ini KJ (Khairy Jamaluddin) yang pernah terlibat dalam FAM," katanya yang meletak jawatannya di CIMB pada Mac 2020 susulan dilantik sebagai Menteri Kewangan.
Untuk rekod, Tengku Zafrul dilantik sebagai presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengumumkan hasrat untuk berundur pada penghujung tahun lepas sebelum membuat pusingan U untuk kekal menerajui persatuan itu sehingga hari ini.
Sementara itu, Mohamad Salim ketika ditemui di sini, enggan mengulas berhubung namanya dikaitkan dengan jawatan presiden FAM.
Sebelum ini, Khairy disebut-sebut sebagai calon untuk jawatan tertinggi FAM yang disandang Datuk Hamidin Mohd Amin sejak 2018, susulan isu penyebaran 'surat layang' yang memburukkan kepimpinan dan pengurusan badan induk itu.
Kongres FAM dijadual berlangsung tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2024
Tengku Zafrul berkata ketika ini tumpuannya lebih terarah kepada memastikan semua inisiatif yang dilaksanakan MITI berjalan lancar.
AWANI Ringkas: Setakat ini hanya ibu bapa Zayn ditahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Melly Goeslow nyata masih hebat, memukau peminat di Axiata Arena
Konsert selama lebih dua jam itu nyata memukau kira-kira 9,000 peminatnya yang rata-rata hadir dengan pakaian sekolah.
Emir Kuwait lantik Sheikh Sabah Khaled Al Sabah sebagai putera mahkota
Emir Kuwait, Mishal Al Ahmad Al Jaber Al Sabah mengeluarkan dekri melantik Sabah Khaled Al Hamad Al Sabah sebagai putera mahkota.
Dua pembantu penguasa kastam didakwa atas tuduhan rasuah
Dua Pembantu Penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia didakwa di atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4,300.
Segera siasat dakwaan kontena Israel berada di Iskandar Puteri - Ahmad Zahid
Siasatan terhadap dakwaan kewujudan kontena syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM, di sebuah pelabuhan di Iskandar Puteri, Johor perlu disegerakan.
Ekosistem kewangan Islam berpotensi tarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia
Mohd Zukime berkata, pelabur daripada negara Islam mencari peluang pelaburan yang mematuhi prinsip Syariah.
Shereen lebur rekod kebangsaan 400m miliknya di Tennessee
Atlet olahraga wanita negara Shereen Samson Vallabouy berjaya meleburkan rekod kebangsaan miliknya dalam acara 400 meter (m) pada Kejohanan Music City Track Carnival di Tennessee, Amerika Syarikat.
McDonald's Malaysia bersama Palestin, derma RM1 juta kepada tabung kemanusiaan
Azmir berkata pekerja restoran makanan segera itu telah mengumpul dana lebih RM100,000 untuk membantu mereka yang terjejas di Palestin.
KKM siasat peniaga rendam sotong dalam ‘tong sampah’
Peniaga lelaki berkenaan tular di aplikasi X apabila menggunakan tong yang biasanya digunakan sebagai tong sampah untuk merendam bahan jualannya itu sehingga mengundang kecaman ramai.
Polis tembak mati dua lelaki di R&R Tanjung Malim
PDRM mengesahkan dua lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Hentian Sebelah Tanjung Malim arah utara, Perak.
'Saya tak rasa orang pandang saya di Penang FC' - Muhammad Adib
Pemain pertahanan kiri Penang FC Muhammad Adib Abdul Ra'op yang buat julung kali dipanggil ke kem latihan pusat pasukan negara tidak menyangka kelibatnya telah lama dipantau Kim Pan Gon.
FAM tarik nafas lega, tingkat fokus majukan landskap bola sepak negara
FAM kini memberikan tumpuan memajukan landskap bola sepak negara selepas dua dakwaan salah guna kuasa diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.
Malaysia Airlines penaja utama skuad Harimau Malaya - FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia mengumumkan Malaysia Airlines sebagai penaja utama skuad Harimau Malaya dan badan induk bola sepak kebangsaan itu.
Pelaksanaan VAR berjalan lancar setakat minggu ketiga Liga Super
Selepas minggu ketiga perlawanan Liga Super, pelaksanaan Video Bantuan Pengadil (VAR) dilihat berjalan lancar.
Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain.
Pan Gon hilang tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Kyrgystan, Taiwan
Tiga pemain itu ialah pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim serta penyerang Romel Morales.
Jangan ganggu polis teliti siasatan - FAM
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak membuat kenyataan yang boleh menghangatkan lagi keadaan.
FAM pertimbang wujudkan kembali program Harimau Muda
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang melihat potensi untuk mewujudkan kembali program Harimau Muda antaranya bertujuan sebagai platform kesinambungan kepada pembangunan pemain muda negara.
FAM perlukan lagi sokongan kerajaan - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata badan induk itu memerlukan lagi sokongan daripada kerajaan terutama dalam memajukan bola sepak negara.
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.