awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Bukan kerja kami bergembira atau tidak, kami hanya jalankan tugas' - Sri Ram

Astro Awani
Astro Awani
01/09/2022
12:28 MYT
'Bukan kerja kami bergembira atau tidak, kami hanya jalankan tugas' - Sri Ram
Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, bukan peranan pasukan pendakwaan untuk bergembira dengan keputusan mahkamah terhadap Rosmah. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Selepas Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman ke atas Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, bukan peranan pasukan pendakwaan untuk bergembira dengan keputusan itu.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan pada sidang media selepas keputusan kes berkenaan, pada Khamis.
Sebaliknya, tegas beliau, pasukannya hanya menjalankan tugas sebagai Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dan tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam kes membabitkan isteri bekas Perdana Menteri itu.
“Kami tidak gembira atau sedih tentang apa-apa. Kami hanya melakukan kerja dan beralih kepada kes seterusnya. Bukan kerja kami untuk bergembira tentang kesedihan orang lain,” ujarnya.
Pada masa yang sama, beliau turut menyifatkan pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap pasukannya sebagai tidak adil.
“Tiada seorang DPP atau pegawai penyiasat mempunyai kepentingan peribadi dalam kes ini. Termasuk saya. Kami hanya ditugaskan untuk melakukan kerja dan kami telah melakukannya.
“Banyak tuduhan yang dilemparkan terhadap DPP saya yang tidak adil kerana mereka hanya melakukan tugas mereka. Saya juga tidak dapat menjalankan tugas saya jika bukan kerana sokongan kuat daripada mereka,” ujarnya.
[TERKINI] Kes rasuah solar: Sidang media pasukan pendakwaan
[LAPOR LANGSUNG] Kes rasuah solar: Rosmah dipenjara 10 tahun, denda RM970 juta
Terdahulu, Mahkamah Tinggi mendapati Rosmah bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dikenakan ke atasnya berhubung projek solar di Sarawak.
Rosmah, 70, didapati bersalah meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima suapan RM6.5 juta membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan dan denda RM970 juta ke atas Rosmah.
Namun, Hakim Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan pembelaan agar kesemua hukuman itu ditangguhkan sehingga selesai proses rayuan di peringkat akhir.
Topic Berkaitan
#Rosmah Mansor
#projek solar Sarawak
#Datuk Seri Gopal Sri Ram
#Mahkamah Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan