ARSENAL berharap dapat mengumumkan kontrak baharu Bukayo Saka sebelum tamat musim Liga Perdana Inggeris (EPL).
Penyerang England itu telah berbincang dengan kelab berkenaan sejak tahun lalu dan komited untuk memperbaharui perjanjiannya yang boleh dimuktamadkan sebelum cuti musim panas.
Saka, 21, memainkan peranan penting untuk The Gunners dalam mencabar gelaran musim ini dan merupakan satu-satunya pemain EPL yang mencatat dua angka untuk gol dan bantuan jaringan.
Dia telah menyumbat 13 gol dan melakukan 11 bantuan jaringan untuk pasukan bimbingan Mikel Arteta itu menguasai tangga kedua dan kekal dalam pemburuan trofi menjelang minggu-minggu terakhir kempen ini.
Saka hanya terlepas sejumlah sejam perlawanan musim ini selain turut melakar tiga gol dalam Piala Dunia ketika England berjaya mara ke suku akhir di Qatar.
Rundingan dengan Arsenal mengenai terma baharu telah dilanjutkan ke musim panas lalu sambil Saka menjelaskan pada Ogos lalu bahawa dia dan Arteta "berkongsi keyakinan" untuk melanjutkan kontraknya di Stadium Emirates.
Agensi berita PA percaya perjanjian berkenaan yang kali terakhir ditandatanganinya pada musim panas 2020 dan bakal tamat tahun depan itu diselesaikan sedikit masa lagi.
Sementara itu, Granit Xhaka mungkin akan berpindah pada musim panas ini.
Difahamkan kelab itu bersedia untuk melepaskan kapten Switzerland tersebut yang perjanjiannya juga bakal tamat pada 2024 sekiranya menerima tawaran berbaloi. -- Stadium Astro
Astro Arena
Wed May 10 2023
Penyerang England itu telah berbincang dengan kelab berkenaan sejak tahun lalu dan komited untuk memperbaharui perjanjiannya.- Fail/AP
Isteri Daim peroleh pasport sementara ke Switzerland, Singapura
Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan isteri bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin Toh Puan Na'imah Abdul Khalid, bagi mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara.
Kewartawanan Data: IPPTAR, UiTM anjur platform persediaan bakal pengamal media
Kerjasama ini penting dalam evolusi media dan kewartawanan, mempamerkan dedikasi kepada inovasi dan kebaikan bersama.
Debat MRSM Se-Malaysia Piala TPM 2024 garap kualiti pengucapan awam pelajar
Debat MRSM Se-Malaysia kembali lagi tahun ini dengan tema 'Debat Epitome Minda Madani' melibatkan kesemua 57 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi merebut Piala Timbalan Perdana Menteri.
Pengusaha makanan dari rumah disaran jaga kebersihan, elak keracunan
Aspek pelabelan maklumat selaras sepertimana yang dinyatakan di bawah peraturan Akta Makanan 1983 akan turut diambil kira.
PM Anwar sampaikan sumbangan kepada Azman Adnan
Perdana Menteri berkata Azman kini menderita sakit tulang kaki sehingga memerlukan rawatan fisioterapi secara berkala.
Debat MRSM: Se-Malaysia Piala TPM 2024 garap pelajar petah berbicara
Debat MRSM Se-Malaysia kembali lagi tahun ini dengan tema 'Debat Epitome Minda Madani' melibatkan kesemua 57 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi merebut piala Timbalan Perdana Menteri.
Banci OGSE bantu kenal pasti keperluan bagi pembentukan dasar baharu
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan kerjasama Perbadanan Sumber Petroleum Malaysia (MPRS) dan PETRONAS menjalankan Bancian Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) bermula 6 Jun bagi mengenal pasti keperluan holistik dan pembentukan dasar baharu.
Ranking FIFA: Harimau Malaya lonjak kedudukan terkini, pintas Indonesia
Skuad Harimau Malaya mencatatkan peningkatan dalam kedudukan ranking FIFA selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan.
Lapan syarikat di Terengganu dikompaun abai keselamatan pekerja
Antara kesalahan tersebut ialah bekerja di tempat tinggi tanpa memakai pelindung diri.
TH berjaya kutip dana lebih RM1 juta
Lembaga Tabung Haji (TH) berjaya mengutip dana berjumlah lebih RM1 juta, hasil sumbangan jemaah haji dan pendepositnya melalui Program Santunan Kasih Baitullah sejak Januari hingga Mei 2024 untuk tujuan memenuhi keperluan kebajikan jemaah haji di Tanah Suci.
Bukayo Saka tercicir lapor diri kem England
Ketiadaan Saka menamatkan rekodnya untuk muncul dalam perlawanan EPL ke-87 berturut-turut.
UCL: Arsenal alami kekalahan mengejut kepada Lens, Bukayo Saka alami kecederaan
Cuaca buruk memaksa Mikel Arteta dan pemainnya tergendala di Lapangan Terbang Luton selama lima jam.
Saka pertahan gelaran pemain terbaik England
Pemilihan pemain itu dibuat oleh peminat sekali gus mengatasi dua lagi pemain iaitu Jude Bellingham dan penyerang Harry Kane.
Mental pemain Arsenal tidak mudah 'koyak', kata Mikel Arteta
Tidak menjadi isu psikologi buat Arsenal biarpun dibolosi pada minit pertama perlawanan di tempat sendiri buat kali ketiga pada tahun ini ketika berentap dengan Fulham.
Kepahlawanan Saka julang England
Hatrik Bukayo Saka membantu England mengukuhkan cengkaman Kumpulan C selepas menewaskan Macedonia Utara 7-0 dalam kelayakan Euro 2024.
Bukayo Saka makin dekat umum kontrak baharu di Arsenal
Arsenal berharap dapat mengumumkan kontrak baharu Bukayo Saka sebelum tamat musim Liga Perdana Inggeris (EPL).
EPL: Saka menang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan buat kali pertama bersama Arsenal
Saka menghasilkan tiga gol dan dua bantuan jaringan dalam empat penampilan sepanjang bulan Mac lalu.
Bukayo Saka pastikan Arsenal terus garang, Newcastle buat Man Utd hampa
The Gunners direncatkan penundaan hampir 40 minit permainan berikutan masalah teknikal termasuk membabitkan peralatan eletronik pengadil.
Saka teruja hadirkan gol kemenangan Arsenal atasi Bodo/Glimt
Walaupun mengalami tekanan pada babak kedua, Arsenal bertahan untuk meletakkan mereka dengan sembilan mata di puncak Kumpulan A.
Arsenal buat Newcastle kian merana
Kehadiran Howe masih belum cukup untuk mengeluarkan pasukannya dari zon bahaya.