KUALA LUMPUR:Agensi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Perbadanan Kota Buku (PKB) membangunkan aplikasi "KPM eTextbook Reader" bagi memudahkan murid mendapatkan buku teks sekolah secara digital.
Menerusi satu kenyataan hari ini, KPM memaklumkan aplikasi itu sekali gus memberi akses buku teks sekolah secara digital kepada murid yang akan memulakan sesi persekolahan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini hingga 26 Jan.
KPM eTextbook Reader membantu murid-murid memuat turun buku teks digital melalui penyediaan piawaian fail EPUB iaitu format fail standard terbuka untuk buku digital yang lebih ringan dan serasi dengan peranti mudah alih.
"Aplikasi boleh didapati secara percuma melalui laman sesawang www.textbook.moe.gov.my atau boleh terus dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store dengan carian KPM eTextbook Reader," menurut KPM.
Mengulas lanjut, KPM menyatakan bahawa aplikasi itu membolehkan murid mengakses buku teks digital menggunakan telefon pintar dan tablet pada bila-bila masa dan di luar sekolah dan kediaman untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Katanya, capaian internet tidak diperlukan setelah aplikasi dimuat turun dan aplikasi KPM eTextBook Reader juga boleh menjadi penyelesai masalah beg sekolah berat dan mengurangkan kos mencetak buku teks.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 13 2021

Agensi KPM, PKB membangunkan aplikasi "KPM eTextbook Reader" bagi memudahkan murid mendapatkan buku teks sekolah secara digital. - Foto Astro AWANI

PKP 2.0 | 7 lelaki di reman 3 hari halang tugas polis
Tujuh lelaki yang menghalang penjawat awam bertugas semasa kejadian kemalangan dua remaja di persimpangan lampu isyarat Tanjung Tokong pada Ahad, di reman selama tiga hari bagi membantu siasatan. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Georgetown, Nur Fadrina Zulkhairi pada Selasa.

Proklamasi Darurat | Ahli Parlimen pembangkang tidak perlu sertai
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berpendapat kesemua Ahli Parlimen pembangkang tidak mempunyai sebarang keperluan untuk menyertai jawatankuasa teknikal pengurusan darurat yang ditubuhkan beberapa hari lalu. Menurutnya, ianya selepas beliau berpandangan jawatankuasa berkenaan tidak mempunyai peranan besar dalam menangani masalah pandemik covid-19 dan hanya berfungsi untuk menentukan tarikh sesuai bagi menamatkan proklamasi darurat yang diisytiharkan Yang Di-Pertuan Agong.

PERMAI: Beri subsidi ujian saringan COVID-19, PPE kepada klinik swasta - Pakar kesihatan
Pakar Perubatan Kesihatan Awam berkata harga ujian saringan COVID-19 dapat dikurangkan sekali gus mampu menggalakkan lebih ramai individu untuk melakukan ujian saringan itu.

Harga Barang | Pantau harga barang, peniaga sorok stok
Persatuan Pengguna Dan Alam Sekitar Melaka menggesa agar kerajaan melakukan pemantauan drastik melibatkan isu kenaikan harga barang termasuk aduan yang diterima berhubung bekalan barangan yang disembunyikan bagi tujuan keuntungan berganda.

Faktor Cuaca | Kekurangan stok punca harga barang basah naik
Faktor cuaca tidak menentu selain bencana banjir mengakibatkan bekalan barangan basah berkurangan. Ia sekaligus mendorong kenaikan harga barangan itu di pasar. Itu penjelasan kalangan peniaga yang ditemui di Melaka yang mengakui berdepan kesukaran menyeimbangkan kos operasi.

Banjir Sabah: Kerajaan sedang kenal pasti kerosakan infrastruktur akibat banjir - Jahid
Kerajaan negeri sedang mengenal pasti kerosakan infrasturktur di pedalaman Sabah yang terjejas akibat bencana banjir.

Hari kesembilan kuarantin COVID-19, Emma Maembong masih tiada deria rasa dan bau
Umum mengetahui, pelakon terkenal, Emma Maembong dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar disahkan positif COVID-19 dan sedang menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka.

Mangsa keganasan rumah tangga? WAO syor supaya hubungi nombor ini...
Sesiapa yang mengalami keganasan rumah tangga boleh mendapatkan perlindungan dan sokongan.

Banjir Sabah: PPS di Penampang dan Putatan ditutup, Kota Belud pula dibuka
Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Penampang dan Putatan ditutup selepas banjir dilaporkan surut sepenuhnya di dua daerah berkenaan.

Guna logo Warisan atau Amanah mungkin pilihan terakhir Pejuang - Mahfuz
Parti yang dipimpin bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu akan melakukan rayuan terhadap permohonan berkenaan.

Buku teks sekolah kini dalam versi digital - KPM
Agensi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Perbadanan Kota Buku (PKB) membangunkan aplikasi "KPM eTextbook Reader" bagi memudahkan murid mendapatkan buku teks sekolah secara digital.