awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buli jalanan: Polis kesan penunggang motosikal tunjuk isyarat lucah

Intan Shanim Sulaiman
Intan Shanim Sulaiman
20/12/2024
09:40 MYT
Buli jalanan: Polis kesan penunggang motosikal tunjuk isyarat lucah
Suspek dilihat menunjukkan isyarat lucah dan memarahi pemandu kereta dalam satu kejadian di susur masuk Jalan PJS 8/5, Sunway Mentari, Petaling Jaya, Selangor. -Sinar Harian
PETALING JAYA: Individu yang terlibat dalam video tular yang memaparkan insiden buli jalanan di susur masuk Jalan PJS 8/5, Sunway Mentari, Petaling Jaya, di sini, diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Ringkasan AI
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta individu yang terlibat dalam video tular insiden buli jalanan di Jalan PJS 8/5, Sunway Mentari, Petaling Jaya, untuk tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
  • Video tersebut menunjukkan seorang penunggang motosikal menunjukkan isyarat lucah dan memarahi pemandu kereta.
  • Tarikh dan masa kejadian masih dalam siasatan. Polis telah membuat laporan berkaitan insiden ini dan sedang giat mengesan serta menangkap pelaku kes.
  • Saksi yang mempunyai maklumat diminta untuk membuat laporan polis di balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Shahrulnizam Jaafar berkata, video berdurasi 29 saat itu memaparkan seorang penunggang motosikal bertindak menunjukkan isyarat lucah dan memarahi pemandu kereta semasa berada di susur masuk Jalan PJS 8/5, Sunway Mentari, Petaling Jaya.
Namun, tarikh dan masa kejadian masih dalam siasatan.
"Satu laporan telah dibuat berkaitan insiden ini oleh pihak polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
“Polis menyeru individu yang terlibat dengan kejadian untuk tampil membuat laporan polis di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan dan menangkap pelaku kes,” katanya dalam satu kenyataan.
Pihak polis juga mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan tindakan yang membahayakan nyawa, merosakkan harta benda dan keselamatan orang lain.
Saksi yang melihat dan mempunyai maklumat kejadian diminta untuk membuat laporan polis di balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222.
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal
#video tular
#buli jalanan
#isyarat lucah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan