awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
Cakra Khan, Hafiz Suip antara artis undangan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza
Dokumen palsu: Bekas pengarah, penggiat seni dipenjara 6 bulan, denda RM10,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buli pelajar MRSM: Polis lengkapkan kertas siasatan secepat mungkin

Bernama
Bernama
14/12/2021
05:43 MYT
Buli pelajar MRSM: Polis lengkapkan kertas siasatan secepat mungkin
MAZLAN: Kita memandang serius perkara ini dan tidak mahu ia berulang lagi kerana akan menjadi masalah kepada pihak sekolah. - Gambar fail
SHAH ALAM: Polis akan melengkapkan siasatan secepat mungkin bagi kes buli membabitkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak yang tular dalam media sosial baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim berkata hasil siasatan kes tersebut akan diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan selanjutnya.
Beliau berkata seramai 10 pelajar berumur 13 ke 15 tahun ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes tersebut dan kesemua suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Mazlan berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Kita memandang serius perkara ini dan tidak mahu ia berulang lagi kerana akan menjadi masalah kepada pihak sekolah yang berkenaan, itu sebabnya tindakan tegas diambil di bawah tindakan jenayah," katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.
Mazlan juga menasihatkan kepada semua pihak untuk segera membuat laporan kepada polis jika terdapat 'bunga-bunga' (unsur) kejadian buli sebagai langkah pencegahan.
Tindakan beberapa remaja yang dipercayai pelajar asrama menumbuk dan menendang seorang pelajar lain secara beramai-ramai, tular dalam media sosial minggu lepas menerusi beberapa video berdurasi 13 hingga 30 saat, sehingga menerima kecaman orang awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mazlan Lazim
#buli
#pelajar asrama
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan